Monday 5 March 2012

TERAPI AQ : IBU, ABANG DAN ADIK DISIHIR


Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana diberi segala macam nikmat dan kekuatan. ‘Sesungguhnya yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang takut kepadaNya’. Sekadar perkongsian yang ingin saya coretkan, tiada cerita-cerita yang bombastik dan fantastik. Lagi saya terima kes sihir menyihir ini. Untuk memudahkan cerita, keluarga Ustaz Z (guru Jqaf tak silap saya) telah disihir oleh saudara yang agak rapat dengan ibunya. Sihir menyihir ini berlaku disebabkan isu salah faham yang melanda kedua-dua keluarga. Dan yang disihir adalah ibu, adik dan Ustaz Z sendiri.

Saya berkunjung ke rumahnya buat kali ke-3, kadang-kadang pesakit tidak mengalami gangguan dari segi makhluk halus cuma psikologi dan pemikiran yang sentiasa menjurus ke arah perkara negatif menyebabkan masalah sukar untuk diselesaikan. Sebab itu islam mementingkan huznul zhon yakni bersangka baik. Saya ringkaskan perkongsian rawatan ini agar mudah difahami.

Selamat tiba ke rumah Ustaz Z pada pukul 8.30 malam. Perbincangan dan kajian dilakukan agar mudah mengatasi masalah yang dihadapi. Alhamdulillah, Ustaz Z bersetuju dengan pendapat saya. Rawatan saya mulakan dengan meruqyah ibu Ustaz Z kerana dia yang paling banyak ‘diserang’. Selesai sahaja meruqyah, saya dapati tiada gangguan langsung makhluk halus pada badan ibu Ustaz Z, mungkin kerana sudah dirawat sebelum ini dengan 2x rawatan ulangan. Yang saya dapat kesan, si ibu menghadapi gangguan perasaan yang agak teruk dan sering ‘flashback’ perkara yang sudah-sudah. Alhamdulillah. Saya tamatkan rawatan untuk si ibu dengan memberikan sedikit nasihat dan peringatan pada semua ahli keluarga yang hadir bahawa matlamat kita berubat adalah untuk mencari keredhaan Allah S.W.T dan bukan memecah belahkan keluarga dan memutuskan silaturrahim. Titik pertemuan dan penyelesaian perlu dicari sama ada bertentang mata atau menggunakan perantaraan orang tengah untuk menangani masalah yang melanda.

Rawatan ke-2 diteruskan dengan merawat adik Ustaz Z, sebelum ini juga pernah dirawat dengan menggunakan teknik TKR. Selesai sahaja ‘scanning’, jin sihir dan jin asyik dikesan. Teknik ambil barang sihir dilakukan dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Dakwah diterima dengan baik, jin sihir islam ini bersedia untuk bertaubat dan berhenti bekerja dengan ahli sihir. Dia keluar dengan cara yang baik lalu dihijrahkan ke tempat yang baru, dengan izin Allah S.W.T. Saya tangguhkan rawatan dengan amalan dan benteng diri untuk pesakit. Mandian garam dilakukan dan alhamdulillah, jin asyik keluar dengan sendirinya kerana tidak tahan dengan bisa mandian garam bukit yang telah diruqyah. Bukan meramal, saya katakana begitu kerana adik Ustaz Z tidak lagi mengalami gangguan dalam mimpi dan simptom-simptom seperti sebelumnya.

Yang ke-3 adalah merawat Ustaz Z sendiri, dari kali pertama hingga kali kedua ke rumah Ustaz Z, dia tidak langsung teringin untuk dirawat kerana memberikan laluan kepada ibu dan adiknya. Malam ketiga dia teringin untuk dirawat. Saya mulakan rawatan dengan menghabiskan set ruqyah seperti biasa. Tidak disangka-sangka, Ustaz Z juga terkena sihir. Ketua jin sihir saya arahkan untuk membersihkan semua barang-barang sihir yang terdapat diseluruh rumah, tubuh badan ibu Ustaz Z dan badannya sendiri. Kaedah ambil barang sihir secara batin dilakukan hampir 30 minit, MasyAllah. Allah permudahkan dan semoga ada kesembuhan bagi semua ahli keluarga Ustaz Z yang terkena sihir. Dakwah dan takzir dilakukan, balasan syurga dan neraka diberikan peringatan. Akhirnya ketua jin sihir bersetuju untuk keluar sesudah memperbaharui syahadahnya. Alhamdulillah…

0 comments:

Post a Comment



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More