Wednesday 7 March 2012

SAKA BAIK ?? JANGAN TERTIPU

 

Sebenarnya tidak saka yang baik. Jin-jin saka biasanya mengaku saka yang baik bagi tujuan rawatan, perbidanan, urut-mengurut, membantu dalam kerja perladangan dan menjaga kebun. Ini semua adalah penipuan jin-jin jahat yang berpura-pura membantu manusia tetapi pada akhirnya menuntut balasan kepada pemilik asalnya dengan menyebabkan sakit, nyanyuk ataupun dikuasai oleh jin ketika umur tuanya.

Jin-jin saka yang baik, mereka mengaku kononya bergama Islam dan atas dasar itu, mereka berlaku baik kononnya demi menolong manusia ataupun mengajar manusia. Hakikat yang sebenarnya, jin-jin saka adalah jin-jin kafir tetapi mengaku Islam dan menipu orang Islam. Penipuan mereka demi menyesatkan serta menimbulkan elemen syirik dalam amalan seperti memohon bantuan daripada jin-jin.

Petunjuk Al-Quran sememangnya melarang manusia meminta pertolongan daripada jin-jin bagi melaksanakan tugas-tugas harian ataupun perawatan. Allah S.W.T berfirman:

Maksudnya: ”Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” – Surah al-Jin : 6

Jin-jin kafir yang mengaku Islam ini selalunya berselindung di sebalik gelaran ‘khadam’, ‘khadam ayat’, ‘rijalul ghaib’, ‘wali-wali Allah’, ‘syeikh-syeikh’ dan ‘malaikat penjaga’. Semua itu mampu merosakkan akidah seseorang kerana penipuan halus ini dapat memperdaya manusia termasuk orang alim dalam agama. Bukankah Allah S.W.T. memerintahkan supaya orang-orang beriman meminta dan berdoa terus kepadaNya tanpa apa-apa perantara? Sekiranya individu itu bersetuju dengan konsep perantara bagi merapatkan hubungan dengan Allah S.W.T., apakah pula bezanya orang itu dengan penyembah berhala yang meyakini berhala itu bukan tuhan dan hanya sebagai medium mendekatkan diri dengan Tuhan?

Jin-jin yang menyamar sebagai penganut agama Islam dan jin-jin saka yang kononnya baik ini memastikan hidup pemilik-pemiliknya susah ketika tua. Tujuan terakhir mereka sama seperti tujuan asal permusuhan iblis dan manusia, iaitu menghalang manusia daripada beriman kepada Allah S.W.T. dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Pada ketika itu, apabila pemiliknya berada dalam keadaan nazak, jin-jin ini akan menyusahkan dan menghalang habis-habisan pemilik-pemilik asal mereka mengucap dua kalimah syahadah.

Sebenarnya, jin-jin Islam tidak bercampur dengan orang Islam. Sekiranya ada perhubungan sekalipun, ia adalah bersifat minimum dan bukan disengajakan. Jin-jin Islam haram memasuki rumah orang Islam apatah lagi masuk ke tubuh badan mereka. Sekiranya ada jin yang mengaku Islam masuk ke dalam tubuh, rumah, membuat kekacauan ataupun mendatangkan penyakit ke atas manusia, sebenarnya mereka adalah golongan jin kafir yang mengaku beragama Islam.

Kesimpulannya, tidak ada saka yang baik kerana mereka semua hakikatnya jin kafir yang menunggu masa menyesatkan manusia sepenuhnya, iaitu ketika tibanya ajal atau dalam keadaan sakaratulmaut.
Sumber

0 comments:

Post a Comment



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More