Friday 2 March 2012

TERAPI AQ – DISIHIR BERTAHUN-TAHUN


Bismillahirrahmanirrahim…Selawat dan Salam buat Rasul nan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. 

Assalamualaikum w.t.b. Semoga pejuang-pejuang agama Allah S.W.T diluar sana sentiasa istiqomah (terutama diri ini) dan di dalam rahmat dan lindungan Illahi. 

Kemarin saya mendapat panggilan telefon dan ‘sms’ dari seorang makcik yang mengadu berkenaan dengan anak jirannya yang tidak sihat dan mengadapi masalah pusat terkeluar yang agak teruk. Baru 4 bulan usianya. Selepas isyak, saya kerumah untuk ziarah dan memberi bantuan apa yang termampu. Selesai sesi ruqyah dan rawat, insyaAllah anak itu sihat dan hanya mengalami sedikit masalah kesihatan.Semoga Allah S.W.T memberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik kepada anak tersebut. Saya akhiri rawatan dengan membenteng anak tersebut dan pesanan amalan serta ikhtiar yang perlu dilakukan ibu bapanya. 

Selesai sahaja rawatan, saya diminta untuk ‘scan’ nenek kepada bayi tersebut. Sebenarnya Hjh. R telah lama disihir, hampir 7 tahun. Kasihan saya melihatnya, dari perwatakan Hjh. R dan suaminya, saya dapat rasakan mereka dari keluarga muslim yang baik. Hjh. R disihir oleh jirannya sendiri yang dengki dan cemburu dengan kebahagiaan dan kejayaan keluarga dan anak-anak Hjh. R. 

Ketika hendak memulakan rawatan dan benteng diri, Hjh. R terus kerasukan. Saya baru nak masuk gear, si jin Indonesia dah meraung-meraung. Bukan main sombong dan bongkak lagi si jin yang beragama islam ni mahukan Hjh. R merana seumur hidupnya. Sesi dakwah dan takzir dilakukan sebelum ayat azab dan bakar disalurkan. Kasihan saya lihat Hjh. R, merana sungguh dia bila saya arahkan jin itu keluar melalui mulutnya. Lalu muntahlah Hjh. R diselang seli dengan tangisan, muntah lagi. 

Selesai sesi pertama, bersambung dengan sesi kedua. Banyak juga jin sihir ada dalam badan Hjh. R, sehingga keletihan dia muntah. Mana tidaknya, tukang sihir laknatullah tak henti-henti topup jin. Pantang dia lihat si mangsa sihat, ada sahaja benda baru yang dihantar. Saya tamatkan rawatan dengan sula mati jin yang enggan keluar dengan izin Allah S.W.T. Rawatan saya tangguhkan dulu kerana melihat Hjh. R terlalu lemah. Semoga Allah S.W.T memberi kesembuhan kepadanya dan semoga Hjh. R tidak berputus asa dalam mencari penawar. 

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kesedaran dan keinsafan kepada ahli-ahli sihir yang tidak henti-henti menzalimi manusia. Allahu Haq..Tawakkaltu ‘alaAllah… 

0 comments:

Post a Comment



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More