Monday 5 March 2012

RAWATAN RESDUNG PADA HUJUNG MINGGU

Gambar Hiasan : Pesakit Saya Tak Sempat Snap
Firman ALLAH SWT :
"Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82
 
Resdung Yang Tidak Dirawat
Resdung,satu masalah yang kerap mengganggu keselesaan seseorang dalam menjalani kehidupan seharian. Masalah ini kerap kali di kaitkan dengan alahan pada makanan laut, habuk, suhu, haiwan seperti kucing atau anjing dan sebagainya. Ia dapat dikesan dengan banyaknya jerawat pada seseorang, gatal hidung, mulut dan mata. Adakalanya seseorang itu merasa gatal hidung ketika cuaca sejuk dan pelbagai lagi gejala yang dikenal pasti sebagai gejala resdung.

Saya menawarkan sejenis rawatan yang di beri nama GURAH. Gurah adalah rawatan membersihkan tubuh, dengan cara mengeluarkan lendir yang kotor, beracun yang mengandungi berbagai kuman penyakit dalam tubuh melalui rongga tubuh. Dan gurah yang saya praktikkan ini adalah GURAH HIDUNG DAN MULUT.

Gurah dapat mengubati penyakit : Selsema, Sinusitis (Resdung), Asma, Alergi Debu / Udara Dingin, Bronkhitis, Nikotin, Membersihkan pita suara, dll.

Gurah adalah proses membuang (kahak/lendir) yang ada di rongga hidung dan tengkorak. Untuk membersihkan, terutama bagi yang selalu selsema/resdung/asma. Tapi ada juga yang melakukan gurah, dengan tujuan memperelok suara.

7 comments:

senawang kat area mana??? alamat please

Assalamualaikum wtb..
Maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan..
Sila hubungi no.dibawah jika perlukan rawatan dan makluman lanjut..
Blog ini sebagai hebahan, perawat bukan sentiasa ada masa untuk melihat blog.Harap Maklum.

Mane no nyer? Lain kali klu nak wat iklan bg la skali ditil tmpt tu. Xyah org tnye byk kali. Klu x, xyah promote. Harap maaf jika tkasar.

Dia suruh check pakai GPS kot...

Post a Comment



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More