Pil Penawar AKRINE

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Kismis Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Buku Berdialog Dengan Jin

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Aroma Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Air Penawar Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Wednesday 29 February 2012

RAWATAN BEKAM ULANGAN : PESAKIT BANYAK ANGIN DALAM BADAN

" Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat, serta menambah kekuatan akal dan hafalan."
Rawatan Ulangan : Darah kotor sudah kurang, angin je banyak lagi.
Semoga ada kesembuhan dengan rahmat Allah S.W.T
Sesiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. (Al Hadis)

Nabi SAW bersabda: “Pada malam aku diisra’kan, aku tidak melewati sekelompok malaikat kecuali meraka mengatakan: Hai Muhammad, gunakanlah hijamah.”

Sebarang pertanyaan, hubungi Muallij Kamarol di talian : 017 - 4150340

Tuesday 28 February 2012

TERAPI AL-QURAN : PESAKIT MIGRAIN KRONIK


Assalamualaikum w.t.b..Alhamdulillah wa Syukurillah..

Baru berkesempatan untuk berkongsi rawatan terapi ruqyah syar’iyyah. Berkongsi rawatan bekam mudah sahaja, hanya melalui gambar ia bercerita.

Di sini saya kongsikan rawatan dengan pesakit yang pernah menerima rawatan dengan saya. Semoga para pelawat dan perawat beroleh manfaat. InsyaAllah. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, cuma cerita ringkas sahaja sebagai perkongsian dan penambah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Saya menerima panggilan telefon sewaktu sedang bekerja dari suami Hjh. T yang menyatakan isterinya sudah seminggu duduk di hospital swasta kerana diserang migrain yang teruk. Bil semakin tinggi tapi tidak mengurang sakitnya. Allah S.W.T belum izinkan, kata hati saya. Dia minta saya datang ke rumah pada malamnya untuk membantu apa yang boleh. Suaminya menceritakan tiap kali sahaja isterinya hendak ke pejabat, pasti kepalanya sakit dan terasa berpusing-pusing. Tambahan pula dia ada masalah tekanan darah rendah yang agak kronik.

Dipendekkan cerita, dengan izin Allah S.W.T pada malamnya sampailah saya kerumahnya.

Sesi rawatan dimulakan dengan ikrar pemutus dan teknik racun. Hjh. T memberitahu kepalanya semakin sakit dan dia terasa terawang-awang. Lalu saya mulakan ruqyah terus ke kepala Hjh. T dengan niat kesembuhan dan mengeluarkan lalu menghijrahkan gangguan ke tempat yang baru, Serambi Madinah.

Dari mula hingga habis meruqyah, Hjh. T bersendawa sangat teruk dan tidak henti-henti. Saya terus dapat mengesan kemungkinan ada yang menghuni di dalam tubuh Hjh. T. Tiada sesi dialog dan kerasukkan. Selesai rawatan, Hjh. T menjelaskan dia tidak pernah sendawa seteruk ini, jika di urut pun sendawanya kadang kala sahaja. Kepalanya rasa ringan dan tidak sakit seperti sebelumnya. Biiznillah..Alhamdulillah..

Saya menamatkan rawatan dengan memagar dan membekalkan ayat benteng diri kepada Hjh. T serta ayat rawatan untuk dirinya sendiri sekiranya sakitnya berulang.

Dan Kami turunkan dari al-Quran yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan tidaklah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.” Surah Al-Isra’: 82

Sebarang pertanyaan, hubungi Muallij Kamarol di talian : 017 - 4150340

Wednesday 22 February 2012

PERBEZAAN BEKAM DARAH DAN DERMA DARAH

Sering individu yang pertama kali datang untuk berbekam bertanya tentang darah yang dikeluarkan semasa berbekam. Ada yang gelisah apabila melihat banyak darah yang keluar didalam cup dan ini menjadikan mereka panik. Mereka mengaitkan gejala yang timbul selepas berbekam seperti pening dan mual kerana kehilangan banyak darah. Ada juga yang bertanya apa perbezaan berbekam dan menderma darah?

Di bawah ini ada serba sedikit penerangan berkenaan perbezaan derma darah dan bekam darah :

Sebenarnya berbekam hanya membuang darah kotor yang terkumpul dibawah lapisan kulit, darah ini adalah darah yang perlu dibuang kerana ianya tidak diperlukan selepas proses perkumuhan. Percayalah, jika bahagian tersebut tidak mempunyai darah kotor hanya sedikit sahaja darah yang keluar.

Bagi mereka yang mengalami pening-pening dan mual pada kebiasaanya berlaku kepada mereka yang mempunyai daya tahan tubuh yang rendah ataupun kurang meminum air. Tetapi kebanyakkan yang berlaku adalah faktor psikologi pesakit.

Perbezaan Bekam Darah dan Derma Darah:
  1. Berbekam mengeluarkan darah dari kapilari manakala derma darah mengambil darah dari Arteri.
  2. Berbekam mengeluarkan toksid dan kotoran sahaja manakala menderma darah mengeluarkan semua kandungan bendalir.
  3. Berbekam tidak mengeluarkan sel darah putih, menderma darah mengeluarkan sel darah putih dan merah.
  4. Dengan berbekam zat besi yang berlebihan akan dikeluarkan, dengan menderma darah kesemua mineral tubuh turut dikeluarkan. 
Di bawah ini disediakan gambarajah perbezaa Derma Darah & Darah yang Dibekam
 

Monday 20 February 2012

BINGKISAN RAWATAN BEKAM AS SUNNAH

Bekam darah adalah sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah sejak 1400 tahun yang lalu.

Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” (Riwayat Ibnu Majah)

Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

Berbekam telah terbukti dapat menghindarkan dan menyembuhkan penyakit.

Sabda Rasulullah: "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya"(Diriwayatkan oleh Malik)

Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay” (Hadith Sahih Al Bukhari)
  
Rawatan Pesakit Darah Tinngi + Kencing Manis
Point Bekam Rasulullah s.a.w
Bekam 1 badan

Angin + Asid + Darah kotor = Adakah ini kesan makan ubat ?


 Darah kotor

Sebarang pertanyaan, hubungi Muallij Kamarol di talian : 017 - 4150340



Friday 17 February 2012

RAWATAN BEKAM AS SUNNAH

Bismillahirrahmanirrahim..Ingin saya kongsikan di sini gambar bekam dengan salah seorang pesakit saya yang menghidapi penyakit kencing manis. Semoga dengan berbekam akan memperoleh rahmat dan kesembuhan dari Allah S.W.T. InsyaAllah..

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)
Titik Bekam Rasulullah
Selang beberapa minit, gumpalan darah kotor disedut keluar
Sebarang pertanyaan, hubungi Muallij Kamarol di talian : 017 - 4150340



KEUTAMAAN BEKAM ALA RASULULLAH S.A.W

                                                    
             
SEJARAH BEKAM

Sebahagian orang Indonesia menyebut terapi bekam ini dengan nama terapi al-hijamah seperti kata aslinya dari bahasa Arab. Ada juga yang menyebutnya dengan nama terapi kop, cantuk dan banyak istilah lainnya. Terapi bekam ini sudah dikenal sejak zaman dahulu kala, yaitu sejak kerajaan Sumeria, kemudian terus berkembang sampai Babilonia (Irak sekarang), Saba (Yaman), Persia (Iran sekarang) dan Mesir (catatan text book kedokteran tertua Ebers Papyrus yang ditulis sekitar tahun 1550 S.M. Di Mesir kuno menyebutkan teknik pengubatan dengan cara berbekam).

Para ahli sejarah mengatakan bahawa Hippocrates (460-377 S.M.), Celsus (53 S.M.-7 M.), Aulus Cornelius Galen (200-300 M.) telah mempopulerkan cara pembuangan darah secara langsung dari pembuluh darah (vena section). Terapi seperti ini pernah dilakukan di zaman Rasulsaw. Jabir berkata bahwa Rasulullah saw pernah mengutus seorang doktor untuk menemui Ubay bin Ka'ab. Kemudian doktor tersebut melukai pembuluh darah Ubay bin Ka'ab (mengambil darahnya). Dari Jabir ia berkata, "Rasulullah pernah mengutus seorang doktor untuk menemui Ubay bin Ka'ab. Kemudian doktor tersebut mengeluarkan darah dari vena sectionnya." (HR Muslim).

Pada zaman China kuno, orang-orang China menamainya dengan istilah “perawatan tanduk”. Kerana mereka juga menggunakan tanduk sebagai cara untuk berbekam. Kini pengobatan bekam telah dimodifikasi dengan sempurna dan mudah pemakaiannya sesuai dengan kaedah-kaedah ilmiah dengan menggunakan suatu alat yang mudah dan efektif.

Pengubatan bekam merupakan pembersihan darah, yakni salah satu cara untuk menyembuhkan penyakit dengan cara pelepasan atau membersihkan darah statis (penyumbatan darah), angin, atau toksin dan toksid dalam badan. Darah kotor atau toksid harus dikeluarkan dari tubuh kita kerana merupakan penyebab terjadinya penyakit, dimana sistem peredaran darah tidak berjalan dengan lancar. Pengeluaran darah statis tersebut dilakukan melalui permukaan kulit dengan cara menyedut atau menghisap. 
 
Adapun prosesnya dengan menggunakan alat yang berbagai jenis,seperti dari tanduk, gelas kaca,bambu atau lintah. Kini pengobatan bekam telah dimodifikasi dengan sempurna dan mudah pemakaiannya sesuai dengan kaedah-kaedah ilmiah dengan menggunakan suatu alat yang praktis dan efektif. Rasulullah bersabda : "Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah Al Hijamah (bekam).” (HR. Ahmad).

MANFAAT BEKAM

Seorang pesakit yang pernah berbekam pastinya akan memperoleh manfaat, baik secara lansung atau tidak lansung, disedari maupun tidak disedari, dimana setiap pesakit memperoleh manfaat yang masing-masing berbeza-beza. Adapun beberapa manfaat bekam :

-menghilangkan rasa sakit
-mengaktifkan kembali sel-sel darah putih (leukosit)
-membuang darah kotor (racun/toksid)
-meringankan tubuh
-menajamkan penglihatan iaitu terutama penglihatan yang semakin kabur dan rabun.
-menguatkan sistem kekebalan tubuh
-meringankan otot yang kaku
-menghilangkan pengaruh sihir dan santau.
-memperlancar sistem peredaran darah.
-mencegah timbulnya penyakit berat, seperti darah tinggi, kolekstrol, stroke, kancer,
gout.kencing manis dll.
-meningkatkan daya ingat dan konsentrasi,
-masalah migrain dan pening kepala.
-dll.

WAKTU BERBEKAM

Pemilihan waktu hijamah adalah sebagai tindakan yang baik untuk menjaga kesihatan dan penjagaan diri terhadap penyakit.

1. Ketika sedang sihat. Ketika seseorang sedang sihat boleh juga untuk dibekam, sebagai bentuk pencegahan dari segala macam penyakit.

Dalilnya yaitu sabda Rasulullah saw, :Dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah aku melewati sekumpulan para malaikat di malam aku diisrakan, kecuali mereka berkata kepadaku, "Wahai Muhammad berbekamlah." (HR Ibnu Majah).

2. Ketika sedang sakit.Misalnya berbekam pada saat tekana darah sedang naik. Dahulu, Imam Ahmad selalu dibekam pada saat tekanan darah beliau sedang naik. Pada saat sedang sakit, setiap orang sangat dianjurkan untuk berubat, misalnya dengan berbekam.

Adapun hari yang baik untuk berbekam menurut penanggalan Hijriyah yaitu:
1. Isnin,
2. Selasa, dan
3. Khamis.
 
Selain hari tersebut, waktu berbekam paling baik adalah tanggal 15-21 bulan Islam.
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit" (HR. Abu Dawud, (3861), hasan). 
 
Sumber

BINGKISAN RAWATAN BEKAM DI AKRINE SENAWANG

Alhamdulillahi Rabbilalamin..Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Moga kita mendapat syafaat dari kekasih Allah S.W.T, InsyaAllah.

Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita:"Rasulullah s.a.w. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21".(Riwayat at-Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

Dari Abu Kabsyah al-'Anmari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda:"Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu"(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud dan Jaami'ul Ushuul)
 
GAMBAR PESAKIT YANG LEMAH DAN LESU-LESU BADAN

Banyak juga darah kotor di pingang
Darah Kotor di Belakang Tengkuk dan Bahu
Lembam : Tanda Darah Kotor Masih Ada, Perlu Ulangan

Sebarang pertanyaan, hubungi Muallij Kamarol di talian : 017 - 4150340

Tuesday 14 February 2012

MAKAN KURMA AJWA 7BIJI SETIAP PAGI SUPAYA CEPAT SEMBUH DARI PENYAKIT GANGGUAN JIN

Kurma Ajwa
Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:” Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)”

Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Monday 13 February 2012

KEBAIKAN KURMA, KISMIS DAN MADU KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

 

Adalah amat baik sekali mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran". 



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More