Tuesday 28 February 2012

TERAPI AL-QURAN : PESAKIT MIGRAIN KRONIK


Assalamualaikum w.t.b..Alhamdulillah wa Syukurillah..

Baru berkesempatan untuk berkongsi rawatan terapi ruqyah syar’iyyah. Berkongsi rawatan bekam mudah sahaja, hanya melalui gambar ia bercerita.

Di sini saya kongsikan rawatan dengan pesakit yang pernah menerima rawatan dengan saya. Semoga para pelawat dan perawat beroleh manfaat. InsyaAllah. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, cuma cerita ringkas sahaja sebagai perkongsian dan penambah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Saya menerima panggilan telefon sewaktu sedang bekerja dari suami Hjh. T yang menyatakan isterinya sudah seminggu duduk di hospital swasta kerana diserang migrain yang teruk. Bil semakin tinggi tapi tidak mengurang sakitnya. Allah S.W.T belum izinkan, kata hati saya. Dia minta saya datang ke rumah pada malamnya untuk membantu apa yang boleh. Suaminya menceritakan tiap kali sahaja isterinya hendak ke pejabat, pasti kepalanya sakit dan terasa berpusing-pusing. Tambahan pula dia ada masalah tekanan darah rendah yang agak kronik.

Dipendekkan cerita, dengan izin Allah S.W.T pada malamnya sampailah saya kerumahnya.

Sesi rawatan dimulakan dengan ikrar pemutus dan teknik racun. Hjh. T memberitahu kepalanya semakin sakit dan dia terasa terawang-awang. Lalu saya mulakan ruqyah terus ke kepala Hjh. T dengan niat kesembuhan dan mengeluarkan lalu menghijrahkan gangguan ke tempat yang baru, Serambi Madinah.

Dari mula hingga habis meruqyah, Hjh. T bersendawa sangat teruk dan tidak henti-henti. Saya terus dapat mengesan kemungkinan ada yang menghuni di dalam tubuh Hjh. T. Tiada sesi dialog dan kerasukkan. Selesai rawatan, Hjh. T menjelaskan dia tidak pernah sendawa seteruk ini, jika di urut pun sendawanya kadang kala sahaja. Kepalanya rasa ringan dan tidak sakit seperti sebelumnya. Biiznillah..Alhamdulillah..

Saya menamatkan rawatan dengan memagar dan membekalkan ayat benteng diri kepada Hjh. T serta ayat rawatan untuk dirinya sendiri sekiranya sakitnya berulang.

Dan Kami turunkan dari al-Quran yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan tidaklah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.” Surah Al-Isra’: 82

Sebarang pertanyaan, hubungi Muallij Kamarol di talian : 017 - 4150340

0 comments:

Post a Comment



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More