Pil Penawar AKRINE

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Kismis Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Buku Berdialog Dengan Jin

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Aroma Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Air Penawar Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Thursday 12 December 2013

PETUA MERAWAT RESDUNG

Kerap kali didatangi oleh pesakit resdung yang mengalami masalah resdung yang teruk. Kedua -dua hidung tersumbat, bernafas melalui mulut. Saluran pernafasan sudah bengkak disebabkan kuman dan alahan. Sekiranya sudah berlaku begini, rawatan tidak dapat dijalankan dengan sempurna walaupun terapi bekam resdung dilakukan. Ini adalah kerana saluran nasal turbinate bengkak dan berlaku keradangan di kawasan tersebut.

Dalam islam dianjurkan supaya kita mencegah penyakit sebelum bersusah untuk merawatnya iaitu 'Al- wiqoyatun khoiru minal ilaj'. Di sini dikongsikan petua-petua untuk mencegah dan merawat resdung.

1. Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (istinsyaq). Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Air yang sebaiknya digunakan untuk kaedah ini ialah air kolah masjid / mineral yang dicampurkan sesudu garam bukit.

2. Kurangkan pengambilan makanan laut seperti udang,sotong,kerang dan juga ketam. 

3. Basuh muka dengan sabun herba resdung atau sabun antiseptik 3x sehari untuk membunuh semua bakteria dikawasan muka. 

4. Kurangkan pengambilan sambal belacan, budu ataupun cencalok. 

5. Hindari persekitaran yang berhabuk dan juga pastikan rumah ataupun tempat kerja dalam keadaan yang bersih. 

6. Amalkan memakan habbatusaudda', madu dan delima. Setiap hari sebelum sarapan dan tidur. Sukatan untuk habbatussauda' 1 sudu besar @ 5ml. Untuk delima 3 sudu besar, boleh dicampur dengan madu dan air mineral / air masak. Ini boleh meningkatkan antibodi badan. 

7. Hindari mendapatkan rawatan resdung dengan benda-benda yang kotor seperti lipas tanah dan sebagainya. 

8. Istiqomah mengamalkan ayat-ayat syifa tiap-tiap lepas solat supaya anggota badan dipelihara Allah dari sebarang penyakit. 

9. Jangan mengamalkan tabiat memicit jerawat dimuka kerana ia akan menyebarkan lagi banyak bakteria jerawat/ resdung dikawasan muka. 

10. Mengamalkan pengambilan pil ataupun ubat tradisional resdung setiap hari dan anda juga tidak digalakkan bergantung pada ubatan moden kerana jangka panjang akan merosakkan buah pinggang.

Friday 29 November 2013

15 HADITH MENGENAI KEUTAMAAN AL-QURAN


1. Dari Abu Umamah ra. dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bacalah Al Qur'an sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat menjadi syafaat (penolong) bagi pembacanya." (Riwayat Muslim)

2. Dari Nawwas bin Sam'an ra. telah berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di hari Akhirat kelak akan didatangkan Al Qur'an dan orang yang membaca dan mengamalkannya, didahului dengan surat Al Baqarah dan Surah Ali 'Imran, kedua-duanya menjadi hujjah (pembela) orang yang membaca dan mengamalkannya."(Riwayat Muslim)

3. Dari Usman bin 'Affan ra. telah berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al Qur'an dan mengajarkannya." (Riwayat Bukhari)

4. Dari Aisyah ra. telah berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Orang yang membaca Al Qur'an dengan terbata-bata karena susah, akan mendapat dua pahala."(Riwayat Bukhari & Muslim)

5. Dari Abu Musa Al Asy'ari ra. telah berkata: Rasulullah saw.bersabda, "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Qur'an seperti buah Utrujjah (sejenis limau), baunya harum dan rasanya sedap. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur'an seperti buah kurma, tidak ada baunya tapi rasanya manis. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur'an seperti Raihanah (jenis tumbuhan), baunya wangi tapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur'an seperti buah hanzhal (seperti buah pare), tidak berbau dan rasanya pahit.(Riwayat Bukhari & Muslim)

6. Dari Umar bin al Khatthab ra. bahwa Nabi Muhammad saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengangkat (martabat) sebagian orang dan merendahkan sebagian lainnya dengan sebab Al Qur'an." (Riwayat Muslim)

7. Dari Ibnu Umar ra. dari Nabi Muhammad saw. telah bersabda, "Tidak boleh iri kecuali pada dua perkara: Laki-laki yang dianugerahi (kefahaman yang sahih tentang) Al Qur'an sedang dia membaca dan mengamalkannya siang dan malam, dan laki-laki yang dianugerahi harta sedang dia menginfakkannya siang dan malam."(Riwayat Bukhari & Muslim)

8. Dari Barra' bin 'Azib ra. telah berkata: Seorang laki-laki membaca surat Al Kahfi dan di sisinya ada seekor kuda yang diikat dengan dua tali panjang, tiba-tiba ada awan melindunginya dan semakin mendekat dan kudanya menjauhinya. Pagi-paginya laki-laki itu mendatangi Nabi Muhammad saw. dan menceritakan peristiwa tersebut, maka beliau bersabda, "Itu adalah ketenangan yang turun karena Al Qur'an."(Riwayat Bukhari & Muslim)

9. Dari Ibnu 'Abbas ra. beliau berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya orang yang tidak ada dalam dirinya sesuatu pun dari Al Qur'an laksana sebuah rumah yang runtuh." (Riwayat Tirmizi, beliau berkata: Hadits ini hasan sahih)

10.Dari Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash ra. dari Nabi Muhammad saw. beliau bersabda, "Akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Qur'an: Baca, tingkatkan dan perindah bacaanmu sebagaimana kamu memperindah urusan di dunia, sesungguhnya kedudukanmu pada akhir ayat yang engkau baca."(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi, beliau berkata: Hadits ini hasan sahih)

11. Dari 'Uqbah Bin 'Amir ra. berkata; Rasulullah saw. keluar dan kami berada di beranda masjid. Beliau bersabda: "Siapakah di antara kalian yang tiap hari ingin pergi ke Buthan atau 'Aqiq dan kembali dengan membawa dua ekor unta yang gemuk sedang dia tidak melakukan dosa dan tidak memutuskan hubungan silaturahmi?" Kami menjawab, "Kami ingin ya Rasulullah" Lantas beliau bersabda, "Mengapa tidak pergi saja ke masjid; belajar atau membaca dua ayat Al Qur'an akan lebih baik baginya dari dua ekor unta, dan tiga ayat lebih baik dari tiga ekor unta, dan empat ayat lebih baik dari empat ekor unta, demikianlah seterusnya mengikuti hitungan unta."(Riwayat Muslim)

12. Dari Ibnu Mas'ud ra. bahawasanya Nabi Muhammad saw. bersabda, "Yang paling layak mengimami kaum dalam shalat adalah mereka yang paling fasih membaca Al Qur'an.(Riwayat Muslim)

13. Dari Jabir bin Abdullah ra. bahawasnya; Ketika Nabi Muhammad saw. mengumpulkan dua mayat laki-laki diantara korban perang Uhud kemudian beliau bersabda, "Siapa diantara keduanya yang lebih banyak menghafal Al Qur'an?" dan ketika ditunjuk salah satunya beliau mendahulukannya untuk dimasukkan kedalam liang lahad.(Riwayat Bukhari, Tirmizi, Nasa'i & Ibnu Majah)

14. Dari Imran bin Hushoin bahawa beliau melewati seseorang yang sedang membaca Al Qur'an kemudian dia berdoa kepada Allah lalu ia kembali membaca, lantas dia berkata aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa yang membaca Al Qur'an maka berdoalah kepada Allah dengan Al Qur'an karena sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Qur'an dan orang-orang berdo'a dengannya."(Riwayat Tirmizi, beliau berkata : Hadits ini hasan)

15. Dari Ibnu Mas'ud ra. ia berkata: Barangsiapa membaca satu huruf dari Al Qur'an maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan sama dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud 'Alif, Laam, Miim' satu huruf, melainkan Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf. (Riwayat Ad Darami dan Tirmizi, beliau berkata hadits ini hasan sahih)

Friday 22 November 2013

TERAPI AQ - KAKI BENGKAK


Terapi AQ - Minggu lalu merawat kes kaki bengkak yang dihidapi pesakit hampir bertahun-tahun. Pesakit datang selepas melihat saudaranya yang menghidap kanser payudara yang sudah sampai ke tulang rusuk mendapatkan rawatan dari saya. InsyaAllah akan dikongsikan kelak.

Pesakit yang boleh di panggil makcik ini sudah menderita sakit kaki sudah lama. Sudah bertahun dan hanya makan ubat-ubatan Dr. untuk mengurang dan mensurutkan bengkak sahaja. Dia tiada masalah kencing manis, jantung, paru-paru, ginjal dan selainnya. Mungkin jika dibiarkan agak lama bergantung kepada ubat yang agak kuat itu, pasti akan beri kesan sampingan pada kesihatannya terutama sekali buah pinggang.

Rawatan ayat-ayat suci Al-Quran diperdengarkan kepada makcik ini dan dia mula menangis dan merintih kesakitan. Katanya seluruh tubuhnya sakit bila diperdengarkan dengan ayat suci al-quran. Kedua kakinya yang bengkak tadi mula menunjukkan reaksi mengeletar dan menendang-nendang. Hakikatnya dia berjalan pun dipapah manakan mampu mengerakkan kaki sebegitu cepat.

Pertama sekali diminta makcik itu bertenang kerana tidak mahu berlaku kerasukkan, dia terus menangis, menangung kesakitan yang teramat sangat katanya. Selesai sesi dialog dan dakwah buat makhluk yang menghuni sekiranya ada, akhirnya dia muntah berkali-kali di selang seli dengan sendawa. Rawatan ditamatkan dahulu kerana melihat kondisi badannya yang terlalu letih dan lemah. 

Di dalam surah Al-Israa’ ayat 82, Allah SWT berfirman:
“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.”

Dan di dalam surah Fussilat ayat 44, Allah SWT berfirman:
“Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”.


Tiap organ dan anggota dalam yang ada pada diri kita ini semuanya makhluk Allah SWT. Dengan harapan kepada Allah agar DIA menyembuhkan. Yang bengkak jadi surut, yang sakit jadi sembuh, yang berpenyakit hilang penyakitnya dengan keberkatan ayat-ayat suci Al-Quran.

Terbuktilah bahawa semua penyakit yang datang dari Allah SWT, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulang sahaja kepada kita untuk mencari dan mengamalkannya. Yakinlah sepenuhnya kepada mukjizat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT  secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. ini.

SILA TINGGALKAN PESANAN RINGKAS


Assalamualaikum w.t.b dan Salam Sejahtera..
Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w
'Allahumma Solli ala Saiyyidina Muhammad wa ala ali' Saiyyidina Muhammad'

Sekadar Makluman: Di pohon jasa baik tuan puan yang ingin mendapatkan rawatan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas ke nombor 017-4150340.

Sekiranya panggilan tidak berjawab, alangkah baiknya pihak tuan puan dapat menghantar pesanan yang mengandungi NAMA, TEMPAT TINGGAL DAN MASALAH SECARA RINGKAS / RAWATAN YANG DIPERLUKAN kepada nombor talian di atas.

Langkah ini perlu untuk mengatur temu janji rawatan dengan teratur dan selesa untuk semua pesakit. Tiada rawatan walk in dan semua perlu melalui temu janji.

Kerjasama semua didahului dengan ucapan Terima Kasih.
Jazakallahu Khoir..Semoga Allah SWT merahmati sekalian hambaNya..

Monday 18 November 2013

TERAPI AQ - MASALAH KULIT KRONIK DAN GANGGUAN


Terapi AQ - Beberapa hari lepas di datangi oleh seorang pesakit yang bekerja di salah sebuah Pusat Kesihatan yang mengalami masalah kulit kronik. Jika merujuk kepada Dr., katanya sakitnya ini adalah jenis kudis (skabies) yang agak teruk. Perubatan moden dan tradisional sudah banyak diusahakan tetapi masalah kulit dan penampilannya tidak menunjukkan perkembangan yang positif.

Kisah yang dikongsikan pesakit ini agak pelik dan menghairankan. Setiap kali dia ingin tampil kemas dan bergaya, badannya akan sakit dan semakin menjadi-jadi sakit kulitnya. Dan bila dia bersama keluarganya di rumah, setiap kali waktu makan, ayahnya pasti akan meminta lebihan makanannya untuk dihabiskan, walaupun dia makan dalam kuantiti sedikit dan mampu dihabiskan. Jika si ayah tidak dapat lebihan makanannya, pasti akan berlaku pertengkaran.

Pertama kali berdepan dengan masalah seperti ini, set ruqyah asas diperdengarkan kepada pesakit. Sudah menjadi kebiasaan, pesakit yang datang untuk diagnos @ scan perlu menadah telinga mendengar ayat-ayat suci al-quran. Melainkan mereka tahu sakit apa yang dihadapi, ayat yang bersesuaian akan dibacakan. Mula sahaja meruqyah pesakit ini, tangan dan kakinya terus mengeras dan megengkot ( keras dan membengkok ). Gaya seperti mencengkam dan mencakar menunjukkan jenis makhluk jin yang menghuni tubuh badannya.

Alhamdulillah, tiada kerasukkan. Hanya anggota tubuhnya sahaja bertindak balas. Bila merawat memang perlu dielakkan hal-hal kerasukkan ini selagi mana ia boleh dikawal dan dicegah. Kerasukkan hanya meletihkan, membuang masa dan menyukarkan sesi dakwah dan dialog di antara perawat dan pesakit, juga makhluk tersebut. Akhirnya, usai dakwah dan takzir, pesakit muntah beberapa kali dalam 2 sesi rawatan. 

Terapi mandian dan pemakanan sunnah perlu djalani untuk pesakit yang mengalami penyakit kulit kronik ini. Mandian air yang bersih dan hening perlu dilazimi sepanjang masa. Kebersihan tempat tinggal dan pakaian perlu dijaga rapi. Doa berpanjangan kepada Sang Pencipta adalah yang paling utama dalam memohon kesembuhan dan istiqomah dalam beramal.

Allahu Musta'an..Allah itu Tuhan Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya.

Wednesday 13 November 2013

TERAPI AQ - IKHTIAR MEMPEROLEH ZURIAT

  

Terapi AQ - Kisah di mana seorang isteri yang tiap kali mengandung akan mengalami keguguran dan tahap kesihatannya akan merosot dengan teruk sekali. Akhirnya bertekad untuk mencuba rawatan terapi al-quran dan puncanya bukan dari dalam tubuh badannya tetapi dari si suami. Ketika sesi rawatan, jin yang menganggu jasad si suami lebih dari satu bilangannya dan berlapis-lapis. Kesan dari gangguan yang ada dalam tubuh suami menjadi asbab sukarnya mereka memperoleh zuriat walaupun disahkan oleh Dr. kedua-duanya normal. Rawatan dijalankan seperti biasa, penghuni yang berlapis-lapis ini dikeluarkan satu demi satu hingga selesai.

*Zuriat adalah salah satu rezeki terbesar semata-mata dari Allah SWT. Lambat atau cepat semuanya telah ditetapkan, tinggal kita sahaja sebagai hambaNya untuk berikhtiar. Baik dari segi amalan zikir harian, doa yang berpanjangan, puasa, pemakanan, pemakaian dsb.

Suami Isteri perlu sama-sama berikhtiar dan menyokong antara satu sama lain dalam setiap hal yang diusahakan selagi ianya dibatasi dengan batas-batas syariat. Jika satu pihak berusaha, satu pihak tidak, ianya tidak akan membantu. Jika isteri ingin dirawat, si suami tidak mahu, masalah tidak akan selesai. Sikap salah menyalahkan tidak akan menyelesaikan masalah malah merumitkan keadaan.

* Note : Kemandulan itu terbahagi kepada dua iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir.

Kemandulan yang disebabkan gangguan jin adalah kerana, jin tersebut tinggal di dalam rahim dan merosakkan benih, (sama ada benih suami @ isteri) menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran.

Keguguran yang berlaku berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Perempuan yang menghadapi masaalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan disamping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

Friday 8 November 2013

TERAPI AQ - MASALAH RUMAH TANGGA


Terapi AQ - Merawat kes masalah rumah tangga yang hampir bercerai-berai sehingga ke mahkamah. Si isteri yang sentiasa panas baran dan sering melawan suami enggan dirawat. Atas paksaan ahli keluarga, si isteri dirawat di rumah ibunya. Ketika sesi ruqyah, nafas pesakit laju dan tersentak-sentak, seluruh badan bergegar kuat. Akhirnya muntah berkali-kali dan tersedar dalam keadaan bingung dan kehairanan. Pesakit seolah-olah tidak ingat dirinya di mana dan mengapa ada di rumah ibunya. Rawatan tamat.

P/S : Sihir @ gangguan itu adalah asbab sahaja. Asbab kelemahan diri kita sendiri. Yang penting sama-sama perbetulkan diri, baik suami mahupun isteri. Hiasi diri dengan sifat mahmudah dan jauhi sifat mazmumah.

Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)

Wednesday 6 November 2013

BINGKISAN BEKAM BADAN LESU DAN RESDUNG

Berbekamlah sebulan sekali secara konsisten, setiap yang sunnah pasti ada keberkatan. 

Menurut Anas bin Malik r.a, telah bersabda Rasulullah s.a.w 'Pengubatan yang paling baik di antara kalian ialah Al-Hijamah (Bekam Darah)'.

*Bekam pesakit badan lesu-lesu, bekam muka bagi pesakit resdung dan pertama kali berbekam.

                     

TERAPI AQ - SEDIKIT PERKONGSIAN

Terapi AQ - Pengalaman merawat seorang makcik yang menghidap kanser rahim tahap 4. Menjadi kanser apabila fibroid yang sepatutnya dibuang hampir 10 tahun dulu, tidak dibuang keseluruhannya. Ketika rawatan, pesakit diselubungi perasaan benci dan menyampah kepada orang disekeliling terutama sekali perawat. Ketika sesi ruqyah, pesakit muntah dengan cecair kuning yang sangat banyak. Apabila discan semula oleh Dr. yang merawat, alangkah takjubnya saya dan keluarga pesakit, ketumbuhan tadi mengecut dengan banyak sekali.

Al-Quran Ubat Segala Penyakit 

Al-’Allamah Abdurrahman As-Sa’di rahimahullahu berkata : 

“Al-Quran mengandungi penyembuh dan rahmat. Dan ini tidak berlaku untuk semua orang, namun hanya bagi kaum mukminin yang membenarkan ayat-ayat-Nya dan berilmu dengannya. Adapun orang-orang dzalim yang tidak membenarkan dan tidak mengamalkannya, maka ayat- ayat tersebut tidaklah menambah baginya kecuali kerugian. Kerana, hujjah telah ditegakkan kepadanya dengan ayat-ayat itu. 

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَلاَ يَزِيْدُ الظَّالِمِيْنَ إِلاَّ خَسَارًا 

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang dzalim selain kerugian.” (Al-Isra`: 82)

Wednesday 30 October 2013

KURSUS URAT SARAF DAN URUT


Assalamualaykum WarahmatuLLAHi Wabarakatuh.

Di dalam urat adanya saraf. Pemilihan saraf yang betul dapat memulihkan urat yang bermasalah. Suatu gabungan keilmuan lama dan baru

AlhamduLillah ala kulli hal, disini sebagai wakil pihak penganjur ingin memaklumkan 
pada 30 november 2013 dan 1 disember 2013(sabtu dan ahad) akan diadakan KURSUS URAT SARAF DAN URUT di zon selantan MASJID PANCHOR JAYA, SEREMBAN.

PENDAFTARAN: SMS Kursus Urut > Nama Penuh > No K/P> 0134421597 atau 0196508503 
PERTANYAAN : Hubungi 0134421597 Saudara Akmal atau 0196508503 Ustaz Bukhari 
YURAN:- RM 360(NOTA,SIJIL DAN JAMUAN)

** Diminta kepada para peserta kursus untuk bank in sebanyak rm 150 terlebih dahulu sebagai deposit dan sebagaipengesahan kehadiran dan baki dibayar secara tunai pada hari kursus berserta resit di akuan

maybank:- 1550 6916 8920
cimb:- 0504 0003 946 203
atas nama bukhari bin kadam

jika deposit telah dibayar sila sms pada ustaz bukhari KURSUS URUT <> NAMA (MMB/CIB) <> RM150 ( TARIKH DAN MASA )

Diantara pengisisan yang menarik:-
PENGISIAN KURSUS
HARI PERTAMA ( Teori & Kefahaman )
- Mengenal urat besar dan urat kecil
- Konsep bakat dan ilmu (seiring)
- Displin urut (sebelum, semasa, selepas)
- Teknik urutan (kaedah urut 7 & Kaedah urut 9)
- Kaedah mencari urat berpenyakit, urat bermasalah
- Teknik urutan masalah Lemah Tenaga batin (tanpa perlu mengurut alat sulit)
- Teknik asas urutan kepala
- Teknik asas urutan angin ahmar
- Teknik urutan terseliuh
- Teknik urutan pecah angin
- Teknik urutan mata
- Teknik urutan penyakit-penyakit asas
- Kaedah menghasilkan minyak urut
- Amalan-amalan khusus Urat Saraf

HARI kedua
Praktikal

Monday 15 July 2013

MAKANAN SUNNAH ~ AMALKANLAH


1. Delima
Firman Allah: ” Dan (Kami jadikan) kebun – kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya..” Surah Al- An’am ayat 99

2. Kismis
Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: ” Sebaik – baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut”

3. Kurma
Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”

4. Habbatus Sauda’
Sabda Rasulullah: “Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda’ ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as – saam (mati)” Hadith Riwayat Hadith dan Muslim

5. Za’Faran
Sayidina Ali pernah menyatakan: ” Sesiapa mengambil sebahagian za’faran dan su’ di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir “

6.Madu
Firman Allah: ” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam – macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia” Surah An – Nahl ayat 68 – 69

7. Zaitun
Firman Allah: ” Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan” Surah Al Mukminin ayat 20

8. Buah Tiin
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”…

Tuesday 9 July 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Ramadhan Al-Mubarak menjelang tiba, Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi. 

Dengan ini, saya dengan serendah-rendah diri memohon ribuan kemaafan dari semuanya yang mengenali diri ini, sekiranya melakukan kesalahan dan kesilapan secara sedar mahupun tidak. Sungguh saya insan yang terlalu banyak melakukan dosa di atas muka bumi. Semoga Allah mengampuni dosa saya dan kalian semua & semoga Allah menghilangkan segala sifat-sifat mazmumah yang terbuku dalam hati dan diri kita lantas mengantikan ia dengan sifat-sifat mahmudah yang ada dalam diri kekasihNya, Nabi Muhammad s.a.w.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

ALLAHUMMA SOLLI ALA SAIDINA MUHAMMAD

P/S : Bulan puasa ini rawatan berjalan seperti biasa, mengikut permintaan dan temu janj. Pesanan juga kepada semua agar menepati janji dan waktu.

Isnin - Jumaat : Selepas Solat Tarawih
Sabtu - Ahad : Ikut temujanji

Thursday 4 July 2013

BINGKISAN BEKAM AS SUNNAH


"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)" "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a) 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 bulan hijriah maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala macam penyakit”.

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

Wednesday 3 July 2013

BEKAM - SAKIT KAKI


Mengikut Dr.,pesakit ada masalah gout dan sendi & Dr. mencadangkan agar pesakit berbekam


                                                                                                                               

Thursday 27 June 2013

BEKAM DI SHAH ALAM


  

Monday 24 June 2013

RAWATAN AS SUNNAH - TERAPI RUQYAH SYAR'IYYAH

Wednesday 22 May 2013

BEKAM DAN WAKTU


WAKTU YANG TERBAIK UNTUK BERBEKAM

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 bulan hijriah maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala macam penyakit”.

Imam Sayuti RH berpendapat bahawa berbekam pada tanggal-tanggal seperti di atas memang baik bila badan dalam keadaan sihat, tetapi jika orang yang berkaitan sedang sakit atau sangat memerlukan perawatan dengan cepat, kita tidak harus mengikuti tanggal-tanggal tersebut.

Orang-orang soleh dahulu seperti Imam Ahmad rahmatullah alaihi berbekam apabila darah beliau sedang membengkak. Sahabat Rasulullah SAW, Abu Musa Al Ansyari RA berbekam di waktu malam hari.

Ibnu Sina di dalam kitabnya “Al Qanun fii Thibb” menyebut mengenai waktu yang terbaik untuk berbekam iaitu di antara jam 2 dan 3 petang kerana pada waktu tersebut saluran darah sedang mengembang dan darah-darah yang mengandungi toksid dangat sesuai dikeluarkan.


HARI BERBEKAM

Dari Nafi’ dari Ibnu Umar RA yang berkata, “wahai Nafi’, berbekamlah dengan berkah dari Allah pada hari Khamis, berupayalah menghindari berbekam pada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa, kerana itu merupakan hari dimana Ayyub disembuhkan dari bala’ dan Allah menimpakan bala’ kepadanya pada hari Rabu, kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mulai muncul selalu pada hari Rabu atau malam Rabu.”

Sebagai seorang Perawat Islam, kita harus menolong mereka yang memerlukan pertolongan tanpa mengira masa, pangkat dan golongan dengan ilmu yang telah Allah SWT anugerahkan kepada kita.

Berilah sentuhan-sentuhan ilahiah serta memohon kepadaNYA, kerana berbekam seperti juga meminum ubat hanyalah suatu cara pengubatan, sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah SWT yang bersifat Asy Syafi.

Disebabkan bekam adalah sunnah Rasulullah SAW maka ianya mempunyai suatu rahsia dan hikmah yang luar biasa dari segi pengamalannya dan bagi ummat Islam yang yakin dengannya, pasti membawa kebaikan yang banyak.

Sabda Rasulullah SAW, “barangsiapa menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintai aku, barangsiapa mencintai aku sesungguhnya dia bersama aku didalam syurga” (HR Abu Daud)

Friday 15 February 2013

BINGKISAN RAWATAN BEKAM


" Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat, serta menambah kekuatan akal dan hafalan."


"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)" "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a) 

Thursday 14 February 2013

KEUTAMAAN SOLAT MALAM ( QIYAMULAIL)


Allah Ta’ala berfirman:

تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا


“Lambung-lambung mereka jauh dari pembaringan, karena mereka berdoa kepada Rabb mereka dalam keadaan takut dan berharap kepada-Nya.” (QS. As-Sajadah: 16)

Allah Ta’ala berfirman:

كَانُوا قَلِيلاً مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ. وَبِالأَسْحَارِهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

“Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan selalu memohon ampunan di waktu sahur (menjelang fajar).” (QS. Adz-Dzariyat: 17-18)


Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

“Seutama-utama puasa setelah ramadhan adalah puasa di bulan Muharram, dan seutama-utama shalat sesudah shalat wajib adalah shalat malam.” (HR. Muslim no. 1163)

Dari Abu Said Al Khudri dan Abu Hurairah radhiallahu anhuma mereka berkata: 

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:


مَنْ اسْتَيْقَظَ مِنْ اللَّيْلِ وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّيَا رَكْعَتَيْنِ جَمِيعًا كُتِبَا مِنْ الذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ

“Barangsiapa yang bangun malam dan membangunkan istrinya kemudian mereka berdua melaksanakan shalat dua rakaat secara bersama, maka mereka berdua akan digolongkan ke dalam lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang banyak berzikir kepada Allah.” (HR. Abu Daud no. 1309, Ibnu Majah no. 1335, dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Al-Misykah: 1/390)
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلَاثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ: عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ. فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ

“Setan mengikat tengkuk kepala seseorang dari kalian saat dia tidur dengan tiga tali ikatan, dimana pada tiap ikatan tersebut dia meletakkan godaan, “Kamu mempunyai malam yang sangat panjang maka tidurlah dengan nyenyak.” Jika dia bangun dan mengingat Allah maka lepaslah satu tali ikatan, jika dia berwudhu maka lepaslah tali yang lainnya, dan jika dia mendirikan shalat maka lepaslah seluruh tali ikatannya sehingga pada pagi harinya dia akan merasakan semangat dan kesegaran yang menenteramkan jiwa. Namun bila dia tidak melakukan itu, maka pagi harinya jiwanya menjadi jelek dan menjadi malas beraktifitas”. (HR. Al-Bukhari no. 1142 dan Muslim no. 776)

Dari Jabir bin Abdillah dia berkata:

Saya mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ فِي اللَّيْلِ لَسَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ

“Sesungguhnya di waktu malam terdapat suatu saat, tidaklah seorang muslim mendapati saat itu, lalu dia memohon kebaikan kepada Allah ‘azza wajalla baik kebaikan dunia maupun akhirat, kecuali Allah akan memperkenankannya. Demikian itu terjadi pada setiap malam.” (HR. Muslim no. 757)

Wednesday 13 February 2013

PERKARA HARAM DALAM PERUBATAN ISLAM



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More