Monday 30 January 2012

RESDUNG

Gambar Hiasan : Pesakit Resdung
*Rawatan Resdung - RM 42.00

Pesakit perlu bawa 3 botol air kolah masjid untuk didoakan. Bertujuan untuk proses cucian dan istinsyaq. Sekiranya sukar untuk peroleh air kolah masjid (ikhtiar dahulu mencarinya) bawalah air mineral (bukan air minuman) 3 botol.

Pesakit akan menjalani rawatan sedut herba sumpahan resdung untuk menarik keluar ibu resdung, terapi asapan lilin serai wangi 2x dan cucian menggunakan sabun herba resdung.

Pesakit juga akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung dan sebuku sabun sireh.

SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN RESDUNG ...

1. Bagaimana kita nak tahu yang kita ada penyakit resdung? 
Petanda-petanda orang yang terkena resdung ialah sering bersin pada waktu pagi dan juga bila terhidu sedikit habuk,hidung kerap tersumbat,gatal dipermukaan muka dan hidung apabila makan makanan laut/ayam, berjerawat di kepala, rambut kerap gugur, migrain dan juga sering selsema.
 
2. Sakitkah rawatan resdung yang anda jalankan kepada pesakit? 
Tidak sama sekali...

3. Mengapakah rawatan anda agak murah berbanding rawatan-rawatan resdung di pihak lain? 
Kaedah rawatan saya berkonsepkan perniagaan islam dimana saya hanya mengambil untung sedikit sahaja dari perkhidmatan saya.

4. Adakah rawatan resdung anda bersih dan tiada unsur-unsur khurafat ataupun mistik?  
Kaedah rawatan saya hanya berteraskan penggunaan herba dan penggunaan jampi menggunakan 100% ayat al quran.
 
5. Adakah pesakit perlu menjalani rawatan susulan? 
Pesakit disyorkan untuk datang rawatan susulan 4 bulan sekali untuk penjagaan kesihatan yang berterusan.

6. Apakah pantang larang yang pesakit perlu patuhi selepas menjalani rawatan anda? Pesakit disyorkan mengurangkan pengambilan makanan laut.

7. Sesuaikah pesakit wanita menjalani rawatan resdung dengan anda? 
Rawatan resdung kami tiada sentuhan aurat antara perawat dengan pesakit dan pesakit wanita juga tidak perlu membuka tudung dan sebagainya.


8. Bagaimanakah seseorang itu boleh terkena penyakit resdung?  
Seseorang itu terkena penyakit resdung berpunca dari banyak faktor, antaranya faktor pemakanan,antibodi badan yang lemah dan juga faktor genetik serta kebersihan persekitaran tempat kerja/ kediaman.

9. Bagaimana kita perlu mengawal penyakit resdung yang dialami supaya ia tidak menjadi kritikal?  
Pesakit disyorkan mengurangkan pengambilan makanan laut/sambal belacan, pakai topeng muka jika anda bekerja di persekitaran yang berhabuk, kerap mencuci muka 2x sehari dengan sabun antiseptik seperti Dettol/ Protex dan juga menjalani rawatan bekam sunnah di bahagian muka dan tengkuk 6 bulan sekali.

10. Adakah penyakit resdung boleh sembuh dengan sendirinya jika tidak dirawat? Tidak sama sekali, malah akan menjadi kritikal di masa-masa hadapan.

11. Adakah penyakit resdung merbahaya? 
Penyakit resdung akan menjadi bahaya jika sikap individu tersebut tidak mahu langsung menjalani sebarang rawatan dan juga tidak mengambil sebarang langkah pencegahan.

12. Berapakah nisbah individu di Malaysia ini terkena penyakit resdung?  
Nisbah individu yang terkena penyakit resdung di Malaysia ini ialah 1:3 bermaksud 1 daripada 3 orang sihat ada risiko terkena penyakit resdung. 

Hubungi 017-4150340 [ Kamarol Azli ]

    2 comments:

    assalammualaikum,
    saya nak tanya, adakah pengambilan pil selamat utk pesakit resdung?
    pil yg biasa di farmasi adalah cetrizine 10mg.

    waalaikumussalam..
    berkenaan dengan pil itu selamat @ tidak..Pastilah selamat (jawab mereka) kerana pihak berkenaan telah membuat kajian ttg hal2 pil tersebut. Itu tidaklah dinafikan. Tp kesan jangka panjang dan kebergantungan terhadap pil tersebut perlu diambilkira. Jika hentikan pengambilan, sembuh @ tidak masalah resdung tersebut ? Maka rawatan perlu dari setiap sudut..doa,amalan kebersihan, pemakanan dan sebagainya.

    Post a Comment



    RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

    RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

    RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

    RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

    TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

    TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

    TERAPI URUTAN ISLAM

    TERAPI URUTAN ISLAM

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More