Wednesday, 22 February 2012

PERBEZAAN BEKAM DARAH DAN DERMA DARAH

Sering individu yang pertama kali datang untuk berbekam bertanya tentang darah yang dikeluarkan semasa berbekam. Ada yang gelisah apabila melihat banyak darah yang keluar didalam cup dan ini menjadikan mereka panik. Mereka mengaitkan gejala yang timbul selepas berbekam seperti pening dan mual kerana kehilangan banyak darah. Ada juga yang bertanya apa perbezaan berbekam dan menderma darah?

Di bawah ini ada serba sedikit penerangan berkenaan perbezaan derma darah dan bekam darah :

Sebenarnya berbekam hanya membuang darah kotor yang terkumpul dibawah lapisan kulit, darah ini adalah darah yang perlu dibuang kerana ianya tidak diperlukan selepas proses perkumuhan. Percayalah, jika bahagian tersebut tidak mempunyai darah kotor hanya sedikit sahaja darah yang keluar.

Bagi mereka yang mengalami pening-pening dan mual pada kebiasaanya berlaku kepada mereka yang mempunyai daya tahan tubuh yang rendah ataupun kurang meminum air. Tetapi kebanyakkan yang berlaku adalah faktor psikologi pesakit.

Perbezaan Bekam Darah dan Derma Darah:
  1. Berbekam mengeluarkan darah dari kapilari manakala derma darah mengambil darah dari Arteri.
  2. Berbekam mengeluarkan toksid dan kotoran sahaja manakala menderma darah mengeluarkan semua kandungan bendalir.
  3. Berbekam tidak mengeluarkan sel darah putih, menderma darah mengeluarkan sel darah putih dan merah.
  4. Dengan berbekam zat besi yang berlebihan akan dikeluarkan, dengan menderma darah kesemua mineral tubuh turut dikeluarkan. 
Di bawah ini disediakan gambarajah perbezaa Derma Darah & Darah yang Dibekam
 

0 comments:

Post a Comment

RAWATAN BEKAM AS SUNNAH [AKRINE SENAWANG] menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala. [1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH [AKRINE SENAWANG] akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More