Pil Penawar AKRINE

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Kismis Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Buku Berdialog Dengan Jin

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Aroma Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Air Penawar Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Monday, 28 May 2012

AMALAN SEBELUM DAN SELEPAS BERSALIN


Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:

Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.

Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.

Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. 

Faktor kesihatan amat dititikberatkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.

Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu – waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya.

AMALAN SUNAT SEMASA MENGANDUNG & SELEPAS BERSALIN

Semasa mengandung merupakan masa yang banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal. Di samping itu mengandung juga merupakan suatu harapan dan cita-cita sebuah perkahwinan. Oleh itu banyak amalan-amalan yang sunat dilakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal lahir itu nanti menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia dan di akhirat.

Dalam mencapai matlamat tersebut, anak itu mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau semasa di dalam kandungan. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu itu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal. Di antara amalan-amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya :

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila (Fatimah) hampir melahirkan, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah maka Baginda membaca ayat Al-Kursi dan surah Al-‘Araf (ayat 54) di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca surah Al-Falaq dan An-Nas”.

Doa yang sunat dibaca ketika hamil itu termasuklah doa Nabi Yunus ‘alaihissalam yang tafsirnya :

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan engkau (Ya Allah!) Maha Suci engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!) Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

(Surah Al-Anbiya‘: 87)

Begitu juga bagi ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah Al-Ahqab (ayat 35) dan surah Al-Nazi‘at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya”.

(Hadis riwayat Ibnu Sunni)

Pada kebiasaannya selepas melahirkan anak, Islam telah menggariskan cara yang sebaik-baiknya menyambut kelahiran anak tersebut. Antaranya ialah memberikan ucapan tahniah dan merasa gembira di atas kelahiran anak tersebut, menyerukan azan dan iqamah, mentahniq, mencukur rambut, memberi nama, aqiqah dan sebagainya yang telahpun dikeluarkan dalam ruangan Irsyad Hukum terdahulu.

MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.

MENGURUS TEMBUNI

Mengikut Kamus Dewan tembuni atau uri ialah sampul tian atau uri yang bersambung dengan tali pusat yang keluar sesudah bayi dilahirkan. Ia juga disebut tebuni oleh sebilangan orang tempatan.

Bagi mereka yang melahirkan anak di rumah sakit, pada kebiasaannya, tembuni diserahkan kepada pihak keluarga perempuan yang telah bersalin. Berbagai cara pengendalian tembuni yang dilakukan oleh masyarakat kita. Pada kebiasaannya, tembuni tersebut terlebih dahulu dibersihkan. Selepas itu tembuni akan disimpan dalam bayung atau dibungkus dalam suatu bekas untuk ditanam. Ada sebahagian orang menggantungkannya di tiang atau pohon pokok dan didapati juga menyimpannya. Selain itu ada juga orang membuangkannya ke dalam tong sampah atau menghanyutkannya di sungai-sungai.

Menurut ulamak Syafi‘e anggota-anggota badan yang haram dilihat sama ada daripada anggota lelaki seperti bulu ari-ari atau daripada anggota perempuan seperti rambut dan kuku, apabila benda-benda tersebut bercerai daripada badan maka wajib benda-benda tersebut ditanam.

Maka tembuni atau uri selepas bersalin itu tidak wajib ditanam kerana ia bukan daripada anggota badan. Walau bagaimanapun cara yang elok (sunat) dalam mengurus tembuni itu ialah dengan menanamnya. Sepertimana juga kuku atau rambut lelaki sunat ditanam kerana ia merupaka anggota badan yang tidak haram dilihat. Berlainan halnya dengan rambut atau kuku, ia merupakan anggota badan yang haram dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka anggota-anggota tersebut wajiblah ditanam. 

Friday, 25 May 2012

RUMAH SEPERTI PERKUBURAN


Bismillahirrahmanirrahim...Selawat dan Salam ke atas Rasulullah s.a.w. Tertarik dengan artikel yang saya baca hari ini, teringin pula saya panjangkan ke blog untuk peringatan dan tatapan untuk semua umat islam yang mempunyai rumah..:)

Kebanyakkan dari kita di Malaysia, bangsa melayu yang beragama islam ( buka semua melayu islam ) hanya ambil mudah hal-hal berkaitan agama. Baik dari rumah hinggalah keluar rumah. Sesetengah dari mereka rumahnya sentiasa dipenuhi dengan hiburan dan maksiat. Bacaan al-quran pun susah hendak kedengaran, belum lagi dikira penghuninya yang langsung tidak bersolat, apatah lagi solat berjemaah. Maka lupalah amalan agama dan tinggallah cara hidup islam yang diwariskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Bila ada kesusahan barulah berbagai usaha dilakukan, barulah teringat akan Allah S.W.T, barulah teringat akan tikar sejadah dan mushaf al-quran yang berabuk di sudut rumah. Ketika itu sibuklah untuk buat bacaan yaasin dan tahlil, pagar rumah untuk halang makhluk halus atau orang berniat jahat dari masuk kerumah dan bermacam-macam lagi.

Bagaimana pula dengan kebersihan rumah ? Rumah yang bersih mengambarkan sikap dan akhlak penghuninya. Maka, kebersihan dan kesucian dalam rumah perlu selari dan berlaku serentak. Islam itukan agama yang syumul. Jika rumah bersih dan mewah pun, jika tiada amalan agama dan perintah Allah dijalankan dalam rumah itu maka jawapannya tetap sama.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Jadikanlah bagian dari shalat kalian di rumah-rumah kalian, dan jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan.“ ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Oleh itu, hidupkanlah rumah kita dengan solat berjemaah, solat sunat, zikrullah, bacaan al-quran dan lain-lain ibadah yang selari dengan kehendak syariat. Bangkitkanlah roh islam dan suasana soleh dalam rumah kerana perlindungan dan rahmat Allah S.W.T itu akan datang dengan sendirinya.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (Riwayat Muslim)

Thursday, 24 May 2012

AYAT-AYAT UNTUK MEMBATAL SIHIR - SYEIKH WAHID ABD SALAM BALI

Surah Al Baqarah Ayat 102 ( diulang sebanyak 7x )




Surah Al A'raf ayat 17-122 (diulang sebanyak 7x) kemudian yang digariskan diulang sebanyak 30x



Surah Yunus Ayat 117 - 122 (diulang sebanyak 7x) kemudian yang digariskan diulang sebanyak 70x


Surah Toha Ayat 69( diulang sebanyak 7x )


Wednesday, 23 May 2012

YANG HARAM ITU BUKAN PENAWAR


Sekadar perkongsian cerita yang sudah lama berlalu. Ini bukan kisah rawatan, cuma peringatan. Kisahnya begini, beberapa bulan yang lalu kami sekeluarga pulang ke kampung untuk memenuhi jemputan kenduri. Ketika perjalanan pulang ayah bercerita yang dia ada berbual dengan seorang pakcik yang menghidap penyakit di bahagian kemaluannya. Melalui penceritaan ayah, sakitnya agak kronik sehingga tidak mampu tidur setiap malam. Khabarnya, perubatan moden dan tradisional pun masih belum dapat menyembuhkan sakit pakcik tersebut. Saya berkata, “sesungguhnya kesembuhan itu hanyalah dari Allah s.w.t dan tiada lainnya”. 

Tapi, apa yang paling mengejutkan, disebabkan tidak dapat tidur hampir setiap malam, pakcik tersebut mengambil arak, 1 tin setiap malam, hanya untuk tidur. Katanya ‘darurat’ dan bila minum arak, hilang sakitnya dan barulah mata boleh dilelapkan. Saya berkata lagi, “memangla boleh lelap, dah mabuk, memang betul sakit pakcik ni.” Sakit rohani dan jasmani serentak. Nauzubillahiminzalik…benda yang haram tetap haram, ia akan membawa lebih banyak penyakit yang lebih teruk lagi. 

Persoalan utama di sini, bolehkah arak dan perubatan dengan unsur haram termasuk dalam kategori darurat? 

Rujuk Surah Al-Maidah, ayat ke-90 bermaksud: “Wahai orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya.” 

Allah s.w.t. juga menyebut larangan keras arak dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-219 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah : Pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.” 

Larangan yakni keharaman memakan bangkai dan daging babi juga telah Allah s.w.t. wahyukan. Sebagaiman firmanNya dalam Surah al-An’am ayat ke-145 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu adalah najis atas sesuatu yang dilakukan secara fasiq.’” 

Lantaran itu Rasulullah s.a.w. menegah kita berubat dengan menggunakan benda-benda yang telah di haramkan oleh Allah s.w.t..Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam sebuah hadith daripada Ibn Mas’ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah menjadikan penyembuhan penyakit kamu bersumberkan daripada yang diharamkan kepada kamu.” 

Hadith lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abu Darda’ r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan penawarnya. Dan Dia menjadikan bagi setiap (penyakit) ada ubat penawarnya. Maka hendaklah kamu berubat namun janganlah berubat dengan benda-benda yang diharamkan.” 

Penawar Mestilah Yang Halal 

Sememangnya hidup sebagai umat islam mestilah berlandaskan hukum syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t., dari sebesar-besar hal hinggalah sekecil-kecil perkara. Dalam kitab Sahih Muslim daripada Tariq bin Suwaid al-Ju’fi diriwayatkan bahawa ia pernah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang khamar (arak), maka Nabi s.a.w. melarangnya atau membencinya kerana membuat minuman itu. Beliau berkata: “Sesungguhnya saya membuatnya untuk dijadikan ubat.” Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Khamar itu bukan ubat tetapi penyakit.” 

Juga merujuk kepada hadith dari Tariq bin Suwaid bahawa ia pernah bertanya: Ya Rasulullah, sesungguhnya di negeri kami terdapat anggur-anggur yang biasa kami perah, lalu kami minum.” Baginda s.a.w. menjawab: “Tidak boleh.” Aku mengulangi lagi pertanyaan, kemudian aku menjelaskan bahawa kami memberinya sebagai ubat untuk orang sakit. Baginda s.a.w. bersabda lagi maksudnya: “Minuman keras itu tidak boleh menjadi ubat, kerana ia adalah penyakit.” 

Daripada Aisyah r.h.a. dalam Musnad Ibn Abi Syaibah, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang berubat dengan minuman keras, nescaya Allah tidak akan menyembuhkannya.” Dan banyak lagi hadith serta riwayat yang menerangkan larangan berubat dengan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t.. Sama ada menurut akal mahupun hukum syariat, ia adalah sesuatu perbuatan yang akan memberikan kesan yang buruk dan tidak mendapat rahmat malah berdosa di sisi Allah s.w.t 

Ubat Mujarab = Rahmat & Berkat 

Sesungguhnya dalam Islam, panduan syariat yang di tetapkan telah menutup jalan ke arah yang haram. Menurut kitab al-Tib al-Nabawi, karangan Ibn Qayyim al Jawziyah, sesuatu yang diharamkan bererti mesti dielakkan dan dijauhi dengan apa cara sekalipun. Jika dibenarkan menjadikan sesuatu yang haram sebagai ubat nescaya orang ramai akan berusaha untuk mencarinya. ‘Al-ghoyah la tubarriru al-wasilah’, matlamat tidak menghalalkan cara. Itu jelas bertentangan dengan kaedah syariat. 

Tiada mujarab suatu ubat itu jika tiada keizinan dan rahmat dari Allah s.w.t baginya untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Sudah pastilah ubat yang hendak digunakan ciri-ciri utamanya mestilah halal dan berkhasiat. Barulah ianya bermanfaat dan beroleh keberkatan dari Allah s.w.t. Akhir sekali, seseorang muslim yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya akan memilih ubat yang berkat bagi keberkatan tubuh badannya. Bahkan semakin tebal iman seseorang semakin dia membenci sesuatu yang haram dan semakin hilang kenyakinannya terhadap yang haram itu. Meskipun terpaksa memakannya, dia takut akan menjadi penyakit baginya. 

Semoga ‘pakcik’ tersebut beroleh hidayah dari Allah s.w.t. dan mendapat penawar yang halal lagi baik. Sama-sama kita doakan. Wallahu Tabaraka Wata’ala a’lam. 

* Rujukan dan Pengolahan isi dari TibNabawi – Perubatan Rasulullah

Wednesday, 16 May 2012

MENTERA DIBOLEHKAN ASALKAN TIDAK BERCAMPUR SYIRIK


Dari ‘Auf bin Malik al-Asyja’i r.a katanya: ”Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah s.a.w: ”Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang mentera ?” Jawab baginda:”Peragakanlah (bacalah) menteramu itu di hadapanku. Mentera tidak ada salahnya selama tidak mengandungi syirik.” 
 
Huraian :

Definisi perubatan Islam adalah melaksanakan amalan perubatan berdasarkan paradigma, nilai dan tatacara yang tidak bercanggahan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Ramai di kalangan umat Islam terkeliru dengan istilah perubatan sehingga terjebak ke dalam dunia syirik. Islam telah memberikan panduan yang jelas bahawa semua ilmu perubatan yang mengandungi sihir (jampi mentera yang melanggar syariat), bercampur dengan amalan-amalan haram (bersemah – sembelihan korban sebagai jamu) dan amalan-amalan berdamping dengan makhluk halus yang diyakini berkuasa menentukan kesembuhan penyakit adalah syirik serta amat dilarang dalam Islam. Islam meletakkan bahawa apa-apa perubatan sekalipun sama ada tradisional mahupun perubatan moden semuanya hendaklah bersandarkan kepada hukum bahawa Allah adalah Maha Berkuasa dalam menetapkan penyembuhan sesuatu penyakit. Segala macam bahan yang digunakan dalam proses perawatan tidak kira sama ada menggunakan teknologi perubatan yang telah dipermodenkan mahupun secara terapi tradisional adalah sekadar alat semata-mata. Dalam perkataan lain, segala kaedah dan ubatan yang digunakan hanyalah sebagai ´al-asbab´ dan kita wajib percaya bahawa makhluk tidak berkuasa ke atas sesuatu melainkan segalanya terletak pada ketentuan dan keizinan Allah S.W.T jua.

Tuesday, 24 April 2012

PERBEZAAN ANTARA JIN, SYAITAN DAN IBLIS

 

 Iblis sebagai dahulunya seorang alim yang taat dan dekat kepada Allah, sehinggalah apabila Iblis diminta sujud kepada Nabi Adam, maka Iblis pun menjadi derhaka kerana sombong akan sifat kejadiannya. Kasih sayang Allah SWT dapat dilihat, di mana kerana Iblis itu juga pernah patuh kepada perintah-Nya dahulu, maka Allah memberi tangguh akan ajalnya si Iblis, supaya Iblis dapat hidup hingga ke hari kiamat. Syaitan itu adalah label. Syaitan boleh jadi jin, boleh jadi juga manusia. Kerjanya menyuruh manusia melakukan kejahatan." 

Nama Jin, Syaitan dan Iblis itu kadangkala mengelirukan kerana sifat kaumnya, tetapi setiap satunya memiliki perbezaan dari segi maksudnya.

Jin

Di dalam Al Quran, Allah SWT ada menyebut beberapa kali mengenai jin, sehinggakan ada surah yang khusus untuk bangsa ini iaitu Al-Jin.

Jin diciptakan oleh Allah SWT dari api.
Allah SWT menerangkan bahawa jin itu diciptakan daripada api yang sangat panas, juga disebutkan terbuat daripada nyala api.

Dan Kami telah menciptakan jin sebelum daripada api yang sangat panas.(Al Quran, Surah Al-Hijr: 27)

Dan Dia menciptakan jin daripada nyala api.(Al Quran, Surah .Ar-Rahman: 15 )

Jin ada yang muslim dan ada yang tidak

Jin adalah satu bangsa, seperti manusia juga. Jika manusia ada yang muslim dan ada yang kafir. Jin pun ada yang muslim dan ada yang kafir.

Allah SWT berfirman menerusi ayat berikut:

Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. (Al Quran, Surah Al-Jin: 11 )

Contoh jin muslim adalah jin yang menjadi tentara Nabi Sulaiman AS. Sebagaimana diterangkan di dalam Al-Quran:

Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas. (Al Quran, Surah An-Naml: 17 )

Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair daripada tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian daripada jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa daripada jin itu yang menyeleweng daripada perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka. (Al Quran, Surah Saba': 12 )

Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang seperti kolam dan periuk yang tetap. Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur. Dan sedikit sekali daripada hamba-hambaKu yang berterima kasih. (Al Quran, Surah Saba': 13)

Syaitan

Menurut Al-Quran, syaitan adalah makhluk yang kerjanya mengajak manusia berbuat jahat dan berbohong.

Mengajak kepada Perbuatan Keji

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 169)

Syaitan adalah Musuh Manusia (satu label terhadap manusia atau jin)
Allah SWT telah menegaskan bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia:

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 208)

Memberi Janji dan Angan-angan Kosong

Syaitan itu kerjanya memberi janji dan angan-angan kosong kepada manusia.

Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain daripada tipuan belaka. (Al Quran, Surah An-Nisa: 120 )

Manusia pun ada yang Syaitan Juga

Namun Syaitan itu tidak terbatas kepada jenis makhluk halus/jin sahaja, melainkan manusia pun ada yang dikategorikan sebagai syaitan. Dan Al-Quran juga menyebut-nyebut tentang manusia yang menjadi syaitan itu:

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (Al Quran, Surah Al-Anam: 112)

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia. (Al Quran, Surah An-Naas: 1-6 )

Iblis

Sedangkan Iblis adalah makhluk derhaka yang jenisnya adalah jin, bukan jenis manusia. Al-Quran secara tegas menyebutkan bahwa Iblis itu adalah daripada jenis jin.

Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah daripada golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunan-keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. (Al Quran, Surah Al-Kahfi: 50)

Jadi boleh dikatakan bahawa Iblis itu adalah seorang oknum yang berjenis jin. Dialah dahulu jin yang paling dekat dengan Allah SWT, lalu berubah menjadi ingkar lantaran tidak mahu diperintahkan untuk bersujud kepada Adam, manusia pertama.

Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 34)

Motivasi yang menghalangi si Iblis itu untuk sujud kepada Adam tidak lain adalah sifat sombong dan riak. Dia merasa dirinya jauh lebih baik daripada Adam. Allah berfirman:

"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud pada waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis, "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya daripada api sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah." (Al Quran, Surah Al-Araf: 12 )

Ciri yang paling utama daripada Iblis adalah dia kekal hidup hingga ke hari kiamat. Dan penangguhan usianya itu memang telah diberikan oleh Allah SWT.

Iblis menjawab, "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan." Allah berfirman, "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." (Al Quran, Surah Al-Araf: 14-15)

Iblis berkata, "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan." Allah berfirman, "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya." (Al Quran, Surah Shaad: 79-81 )

Jadi iblis adalah nama seorang jin yang hidup pada masa penciptaan Adam AS. dan tidak mati-mati sampai ke hari ini. Iblis adalah nenek moyang syaitan yang juga mempunyai keturunan, namun keturunannya itu tidak mendapatkan jaminan untuk hidup sampai kiamat. Dan sebagai bangsa jin, ada antara keturunannya itu yang mati. Meski barangkali usianya berbeza dengan rata-rata manusia. Tetapi tetap akan mati juga. Kecuali nenek moyang mereka iaitu Iblis.

Tuesday, 3 April 2012

DUIT SERING HILANG, ISTERI DUA KALI KEGUGURAN


Kira-kira pukul 3 petang, saya mendapat panggilan dari En. Mat (bukan nama sebenar) yang berhajat untuk mendapatkan rawatan. En Mat bercerita kepada saya yang duitnya dirumah sering hilang dan isterinya sudah dua kali keguguran. Lantaran itu temujanji rawatan dibuat pada pukul 9 malam.

Alhamdulillah, En. Mat selamat sampai bersama dengan isteri serta waris kerumah saya. Setelah sesi suai kenal dan cerapan dilakukan, tanpa berlengah saya melakukan scanning kepada pasangan suami isteri ini. Selesai set ruqyah, jin sihir dan jin saka dikesan dalam tubuh En. Mat, isterinya clear. InsyaAllah tiada gangguan. Sebelum rawatan, saya diberitahu yang kakak En. Mat ada masalah saka juga. Lalu saya buat keputusan untuk menyelesaikan masalah jin sihir dahulu. Pesakit tidak kerasukkan dan hanya dialog jari yang berlaku.

Jin sihir memberi kerjasama dengan baik, untuk makluman, En. Mat bekerja dalam bidang pembinaan dan memegang jawatan penting dalam syarikat. Melalui dialog jari, punca masalah duit hilang dan isterinya keguguran adalah angkara jin sihir. Saya tak berminat untuk membongkar angkara siapa dan dari mana punca sihir dihantar kerana ia boleh membuka lebih banyak pintu kerosakkan. Alhamdulillah, ahli keluarga dan waris En. Mat memahami.

Tanpa berlengah, arahan mengambil barang sihir secara batin dilakukan. Banyak juga, ada yang dirumah dan juga dibadan isterinya. Selesai mengeluar dan menawarkan barang-barang sihir, penerangan tentang islam, syurga dan neraka saya berikan kepada sekalian jin sihir yang menghuni tubuh En. Mat. Alhamdulillah, dakwah diterima dan saya mengislamkan ketua jin sihir dengan izin Allah S.W.T. Terang saya kepada mereka, yang selebihnya akan diislamkan di Serambi Madinah. Apabila arahan untuk keluar melalui hujung kedua belah kaki En. Mat diberi, terangkat-angkat kaki En. Mat dengan getaran yang agak kuat, penghijrahan dilakukan secara ‘borong’. Alhamdulillah.

Selesai satu masalah, sekarang nak menguruskan jin saka pula. Sebenarnya untuk jin saka, rawatan kali kedua dilakukan selepas En. Mat dan isteri melakukan amalan yang diberi dan setelah rendaman garam 7 petang dilakukan. Sebelum rawatan, En. Mat memberitahu, tidak berlaku lagi kehilangan duit dirumahnya. Biiznillah..

Dipendekkan cerita, saya melakukan scanning dan mendapati jin saka yang menganggu adalah dari keturunan nenek moyangnya dan dia juga yang menganggu kakak En. Mat, Wallahualam.

Rendaman garam bukit yang telah diruqyah banyak membantu dalam melemahkan gangguan. Disebabkan kedegilan jin saka dalam badan En. Mat, ayat bakar dan belasah terpaksa saya lakukan. Rawatan berlangsung hampir 2 jam dengan akhirnya jin saka menerima islam sebagai agama barunya. Jin saka ni saya islamkan dan diberi nama Yusuf. Bukan main suka dia kerana saya terangkan kepadanya Yusuf adalah seorang Nabi yang Allah S.W.T ciptakan dengan sangat cantik dan menawan. Penghijarahan dilakukan ke Darul Islah. Syukur kehadratiLLAH, rawatan tamat.



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More