Tuesday 3 April 2012

DUIT SERING HILANG, ISTERI DUA KALI KEGUGURAN


Kira-kira pukul 3 petang, saya mendapat panggilan dari En. Mat (bukan nama sebenar) yang berhajat untuk mendapatkan rawatan. En Mat bercerita kepada saya yang duitnya dirumah sering hilang dan isterinya sudah dua kali keguguran. Lantaran itu temujanji rawatan dibuat pada pukul 9 malam.

Alhamdulillah, En. Mat selamat sampai bersama dengan isteri serta waris kerumah saya. Setelah sesi suai kenal dan cerapan dilakukan, tanpa berlengah saya melakukan scanning kepada pasangan suami isteri ini. Selesai set ruqyah, jin sihir dan jin saka dikesan dalam tubuh En. Mat, isterinya clear. InsyaAllah tiada gangguan. Sebelum rawatan, saya diberitahu yang kakak En. Mat ada masalah saka juga. Lalu saya buat keputusan untuk menyelesaikan masalah jin sihir dahulu. Pesakit tidak kerasukkan dan hanya dialog jari yang berlaku.

Jin sihir memberi kerjasama dengan baik, untuk makluman, En. Mat bekerja dalam bidang pembinaan dan memegang jawatan penting dalam syarikat. Melalui dialog jari, punca masalah duit hilang dan isterinya keguguran adalah angkara jin sihir. Saya tak berminat untuk membongkar angkara siapa dan dari mana punca sihir dihantar kerana ia boleh membuka lebih banyak pintu kerosakkan. Alhamdulillah, ahli keluarga dan waris En. Mat memahami.

Tanpa berlengah, arahan mengambil barang sihir secara batin dilakukan. Banyak juga, ada yang dirumah dan juga dibadan isterinya. Selesai mengeluar dan menawarkan barang-barang sihir, penerangan tentang islam, syurga dan neraka saya berikan kepada sekalian jin sihir yang menghuni tubuh En. Mat. Alhamdulillah, dakwah diterima dan saya mengislamkan ketua jin sihir dengan izin Allah S.W.T. Terang saya kepada mereka, yang selebihnya akan diislamkan di Serambi Madinah. Apabila arahan untuk keluar melalui hujung kedua belah kaki En. Mat diberi, terangkat-angkat kaki En. Mat dengan getaran yang agak kuat, penghijrahan dilakukan secara ‘borong’. Alhamdulillah.

Selesai satu masalah, sekarang nak menguruskan jin saka pula. Sebenarnya untuk jin saka, rawatan kali kedua dilakukan selepas En. Mat dan isteri melakukan amalan yang diberi dan setelah rendaman garam 7 petang dilakukan. Sebelum rawatan, En. Mat memberitahu, tidak berlaku lagi kehilangan duit dirumahnya. Biiznillah..

Dipendekkan cerita, saya melakukan scanning dan mendapati jin saka yang menganggu adalah dari keturunan nenek moyangnya dan dia juga yang menganggu kakak En. Mat, Wallahualam.

Rendaman garam bukit yang telah diruqyah banyak membantu dalam melemahkan gangguan. Disebabkan kedegilan jin saka dalam badan En. Mat, ayat bakar dan belasah terpaksa saya lakukan. Rawatan berlangsung hampir 2 jam dengan akhirnya jin saka menerima islam sebagai agama barunya. Jin saka ni saya islamkan dan diberi nama Yusuf. Bukan main suka dia kerana saya terangkan kepadanya Yusuf adalah seorang Nabi yang Allah S.W.T ciptakan dengan sangat cantik dan menawan. Penghijarahan dilakukan ke Darul Islah. Syukur kehadratiLLAH, rawatan tamat.

1 comments:

assalamualaikum..saya merupakan anak sulung dalam keluarga saya..masalah yg dialami oleh keluarga saya ialah duit kami sekeluarga sering dicuri oleh makhluk halus belaan org..mereka menghantar kepada kami agar rezeki keluaraga kami tertutup...sudah 6 tahun..pelbagai cara kami gunakan..bomoh..ustaz..kalau kami guna bomoh biasa biasa..bomoh itu tak larat nak buat..kalau bomoh yg kuat sekali pon..bomoh itu pasti ditimpa kemalangan dan duit bomoh itu pon turut dicuri...kami beralih kepada perubatan islam..ramai ustaz telah kami temui..jika ustaz itu tidak mampu..keluarga ustz itu akan diganggu...kebanyakan org yg bantu keluarga kami ditimnpa kemalangan...saya sudah buntu...kami te;lah ke darul syifa'..namun tidak berhasil..saya harap tuan dapat membantu keluarga saya...tuan tolong mesej ke 0176874383..seterusnya..saya akan telifon tuan sendiri..saya amat memerlukan bantuan tuan...

Post a Comment



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More