Thursday 2 April 2015

TERAPI URUTAN DAN BEKAM NS

Semakin ramai yang sedar dan berminat dengan terapi urutan + bekam. Alhamdulillah.

Sebuah hadis dalam Sahih al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Said bin Jubair, daripada Ibnu Abbas, daripada Nabi Muhammad Sholallahu 'alaihi wassalam bahawa baginda Sholallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud : “ Kesembuhan (rawatan) boleh diperoleh dengan tiga cara. Pertama, dengan meminum madu.Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas dan saya tidak menggalakkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas.”

Abu Abdillah al-Mazari menyatakan, “Penyakit kerana penyumbatan ada tiga jenis.Jenis yang menyerang darah, jenis kuning, jenis yang menyerang tenggorok dan jenis hitam. Jenis yang menyerang darah, caranya adalah dengan mengeluarkan darah yang tersumbat. Bila termasuk ketiga jenis lainnya, caranya adalah dengan meminum ubat pencahar (pelarut zat) yang berkhasiat untuk mengatasi setiap sumbatan yang komplikasi sekalipun.” 

Dengan menyebut madu, seolah-olah Nabi Muhammad Sholallahu 'alaihi wassalam hendak mengisyaratkannya sebagai ubat pencahar. Bekam sebagai proses mengeluarkan darah kotor termasuk dalam sabda baginda ‘pembekaman’. Kalau semua cara tersebut tidak berjaya, maka kaedah terakhir adalah kayy (pengubatan dengan besi panas). Nabi menyebut kayy sebagai kaedah rawatan dan pengubatan, kerana perubatan itu digunakan ketika kuatnya penyakit mengalahkan kekuatan ubat-ubat tersebut, sehingga ubat yang diminum tidak lagi bermanfaat.




1 comments:

This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More