Wednesday 29 April 2015

BERHATI - HATI MENCARI PERAWAT


Kisah ini sengaja sy coretkan agar semua berhati-hati dalam berubat dan menerima respon dalam rawatan yang dilakukan.

Perkara ini agak lama dan selalu sy ceritakan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan jika timbul isu ramal-meramal, telek menelek dan terlalu mudah mempercayai dan menerima kata-kata jin (kes kesurupan) atau taksiran perawat.

Yang menceritakan kisah ini kepada sy adalah seorang insan yang membawa saudaranya untuk berubat dengan sy.

Dia adalah suami kepada seorang wanita yang mempunyai ramai adik beradik tidak silap saya 7 – 8 orang dan hampir semuanya sudah berumah tangga dan memiliki keluarga sendiri. Kisah nya terjadi apabila mereka membawa salah seorang ahli keluarga mereka kepada seorang “ustaz” untuk dirawat dan kebetulan insan ini yang saya gelarkan En. A tidak dapat turut serta kerana menguruskan isterinya yang menghidap penyakit kanser.

Apabila rawatan dilakukan kepada ahli keluarganya maka berlakulah kesurupan dan jin tersebut setelah di ajak berdialog mengakui ia jin sihir dan mengatakan En A dan isterinya yang menyihir. Lebih parah lagi “ustaz” tersebut menerima bulat2 hasil rawatan itu dan menyakinkan ahli keluarga yang lain bahawa ianya angkara En A dan isteri.

Semenjak dari haritu itu, hubungan mereka sekeluarga yang sepakat sudah lagi tidak seperti dulu. En A dan isterinya yang sakit dipulaukan dan hubungan silatturahim mereka seakan putus. Hinggalah isteri En A menemui ajal asbab penyakit kanser tersebut, tidak ada seorang pun adik beradik yang datang menziarah. Saat kisah ini diceritakan kepada sy air matanya  bergenang-genang dan sesekali tumpah apabila mengenangkan hal dan masalah yang timbul yang dia tidak tahu mana puncanya. Nasib baiklah ada salah seorang ahli keluarga yang mengambil langkah meluahkan dan bercerita akan hal sebenarnya kepada En A.

Tindakan En A, dia pergi mencari “ustaz” yang melakukan rawatan tersebut di tempat kerjanya dan menyuruh dia memohon maaf kepada semua ahli keluarga dan memberikan penjelasan. Setelah apa yang “ustaz” itu lakukan dia tidak berani menjernihkan keadaan dan hanya memohon maaf kepada En A.


Itulah kisah yang dari hari ke hari ingin sy coretkan agar semua berhati-hati dalam berikhtiar mencari penyelesaian. Ikhtiar milik kita, Kesembukan milik ALLAH SWT. Bijaklah menapis maklumat hasil dari rawatan yang dijalankan.

1 comments:

Berjudi haram disis Islam..Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)

Post a Comment



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More