Pil Penawar AKRINE

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Kismis Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Buku Berdialog Dengan Jin

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Aroma Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Air Penawar Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Tuesday, 27 March 2012

MEMBEKAM PESAKIT KENCING MANIS DAN SIHIR PELALAU

Semakin hari semakin ramai pesakit-pesakit sihir peka terhadap kaedah berbekam warisan Rasulullah s.a.w. (selawat dan salam buat baginda) dalam merawat pelbagai jenis sihir, ini menunjukkan satu perkembangan yang sihat. Dahulunya berbekam dikenali sebagai satu kaedah membuang darah toksid dari badan, tetapi dewasa ini dengan mengamalkan berbekam seminggu sekali, insyaAllah segala jenis penyakit gangguan jin/ sihir/ santau/ saka dapat diatasi dalam masa yang singkat...SubhanaAllah, Walhamdulillah, Wallahukhbar..

Di sini saya kongsikan gambar rawatan bekam pesakit saya yang menghidapi penyakit kencing manis dan disyaki disihir. Pesakit sebelumnya seorang yang sangat aktif berniaga dan selalu ke masjid dan surau. Sehingga ke satu hari beliau berubah menjadi pendiam, malas dan sukar untuk melakukan amal ibadah. Semoga dengan mukjizat bekam dapat memberikan kesembuhan dan menyembuhkan segala jenis penyakit dan gangguan yang ada padanya, InsyaAllah.

Friday, 23 March 2012

BINGKISAN RAWATAN BEKAM AS SUNNAH - BEKAM SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. (Al Hadis) 

Penyembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara: Pertama, meminum madu. Kedua, dengan berbekam. Ketiga, dengan besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.

Pesakit saya ini berumur 50 tahun, pertama kali berbekam. Pesakit baru 3 bulan berhenti merokok (berhenti serta-merta) setelah hampir 35 tahun menjadi perokok tegar. Kerap sakit pinggang dan lutut.

                                       
Semoga ada kesembuhan dengan izin Allah SWT, pahala mengikut sunnah Rasulullah, InsyaAllah dapat, rahmat Allah SWT apatah lagi. Yang penting niat dan iqtikad kita.

"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku." As-Sajzi dari Anas R.A dari Nabi Muhammad S.A.W.

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid" - Riwayat Baihaqi.

Wednesday, 21 March 2012

SIHIR BEKAS TEMAN WANITA

 

Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah, Penyayang Lagi Maha Agung. Sesungguhnya segala puji, kemulian dan sanjungan itu hanya pada Mu sahaja. Selawat dan salam untuk junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.  

Rawatan kali ini saya kisahkan berkenaan dengan isteri En. K yang sering disihir oleh bekas teman lelakinya. Terjadi perkara-perkara seperti ini dengan kerap membuktikan apa yang digariskan oleh agama islam itu adalah benar iaitu bercinta selepas berkahwin bukan sebelum berkahwin. Banyak kesan negatifnya, bila tak jadi berkahwin, berlaku dendam dan benci membenci.

En.K membawa isterinya untuk dirawat (rawatan ulangan) dan adik iparnya untuk discan. Rawatan dimulakan dengan teknik racun 21x. Selesai teknik racun, pesakit mula mengadu pening dan sakit tulang belakang. Tak mengapa kata saya, teruskan zikir dan bulatkan pergantungan penuh kepada Allah S.W.T. Sesi ruqyah dimulakan dengan nada yang agak kuat.

Selesai sahaja meruqyah, belum sempat untuk bertanya jin yang menganggu, si kakak (Pn L) sudah mengoyang-goyangkan badan dan kepala dengan kuat. Sebelum ini Pn L pernah dirawat, jin yang dihantar oleh ahli sihir, jin perempuan. Dapat didakwah lalu memeluk islam dan keluar dengan cara yang baik. Hati saya berkata, ‘lain macam jin kali ini’ agak ganas dan mendengus bunyi nafasnya’.

Sesi dialog berlaku:

Jin     : Kenapa engkau panggil aku ?!!
Saya : Memang aku panggil kamu, kenapa kamu masuk dalam tubuh badan manusia.
            Haram tau tak, kamu dilaknat oleh Allah S.W.T.
Jin     : Tuan aku suruh, nak bagi dia ni sakit. Aku takut dengan tuan aku, tuan aku kuat.
Saya : Apa agama kamu ? Lelaki ke perempuan ni ?
Jin     : Aku takda agama, Aku lelaki. (patutla samseng semacam je)
Saya : Kamu tau tak Allah yang ciptakan tuan kamu, Allah juga yang ciptakan kamu.
            (Sesi dakwah tentang Islam,Yaumul Masyar, syurga dan neraka diterangkan)

Kelihatan jin sugul, nampak sedih dan nampak macam mahu terima dakwah. Tapi hidayah itu milik Allah SWT. Ahli sihir laknatullah menghantar bisikkan dan ancaman kepada jin.

Jin      : Aku takut dengan tuan aku, dia kuat. Aku nak keluar.
Saya : Allah lagi kuat. Baik, takda paksaan dalam beragama. Sekarang kamu keluar, kalau tidak aku seksa kamu.

Jin lelaki ni terus berpura-pura dan tidak mahu keluar. Ayat-ayat azab dan bakar saya lancarkan kerana kedegilannya untuk keluar. Dah teruk dibelasah pun masih enggan untuk keluar. Akhirnya saya ambil keputusan untuk sembelih, kalau diziinkan Allah SWT kamu mati dalam tubuh manusia ini.

Selesai sembelih, Pn L pengsan. Selawat tafrijjiah dibacakan dengan niat kesembuhan. Terjaga Pn L dengan badannya sakit-sakit. Saya tawarkan dan pagar dengan doa Nabi Sulaiman a.s. Adik Pn L saya kesan ada jin asyik, jin sihir yang menjadi jin asyik. Maklumat diperoleh ketika sesi dialog dengan jari. Patutlah ketika kakaknya diserang, adik turut sama sakit. Alhamdulillah dia sembuh dengan izin Allah SWT.

Semoga Pn L dan adiknya juga pesakit-pesakit saya yang lain diberi kesembuhan dan kesejahteraan oleh Allah S.W.T.

Ameen Allahuma Ameen..

Tuesday, 20 March 2012

BEKAM AS SUNNAH - MARILAH BERBEKAM WAHAI UMAT MUHAMMAD S.A.W

Saya kongsikan di sini bingkisan gambar bekam pesakit saya. Pesakit seorang tentera, perokok tegar dan tidak pernah berbekam. Alhamdulillah, terbuka hati untuk berbekam kerana yakin akan hadith Nabi s.a.w.

"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT." (HR. Muslim)

Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit, di antaranya adalah lepra (kusta)."

RAWATAN RESDUNG [ RAWATAN AS SUNNAH]

‘Resdung' melalui istilah kedoktoran: penahanan mukus yang disebabkan oleh pembengkakkan membran (sel lapisan kulit). Bengkak ini terjadi kerana saluran tersekat. Mukus adalah bahasa saintifik kepada cecair berupa lendir (hingus) yang ada di dalam tubuh manusia. Petanda paling ketara mukus berlebihan adalah kulit wajah berminyak. Minyak yang boleh mengakibatkan wajah kusam dan lebih teruk lagi; jerawat dalam bentuk bisul atau bernanah. Simptom lain yang sering dikaitkan Resdung:
  • mudah sejuk, menggigil di sesuatu keadaan yang tak sepatutnya (baru hujan sikit saja, dah rasa macam nak demam)
  • batuk sampai terasa gatal kerongkong, anak tekak
  • telinga selau rasa tersumbat. Kalau teruk, kena dapatkan ubat doktor cairkan sumbatan (dititik dalam telinga). Contoh: 'berdengung' telinga yang sukar hilang apabila ketinggian berubah-ubah seperti dalam kapal terbang atau lif
  • Hidung kadang-kala meleleh air (tanpa hembusan)
  • Gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi rasa nak teruskan - sampai merah dan berair.
  • Bersin melampau, sampai pengaruhi suhu badan (jadi panas) dan sikap (baran)
Disudahi dengan satu lagi petanda paling ketara: hidung kerap sangat tersumbat kerana lendir / kahak dan amat sukar dihembus keluar. Akibatnya; suara menjadi agak 'sengau'. Resdung juga dikenali dengan nama 'Sinus' (ketumbuhan dalam hidung) dan 'Alergi' (alahan kepada sesuatu jenis benda atau makanan).

    

Monday, 19 March 2012

LIMA PERINGKAT GANGGUAN JIN

 

Minggu lalu saya ke salah sebuah felda di sebuah negeri untuk merawat seorang pesakit. Pesakit ini telah lebih 10 tahun disihir, puncanya kerana bergaduh dan menolak cinta seorang lelaki. Kesannya pesakit menjadi seperti gila. Berada dalam dunianya sendiri, sering bercakap sendirian. Selesai rawatan pesakit menangis. Semoga Allah S.W.T memberikan kesembuhan kepada nya. Minta doa dari perawat-perawat dan pengunjung blog. Kemungkinan selepas 3 minggu  saya ke sana semula untuk rawatan ulangan.

Di sinilah pentingnya 'Al-wiqoyatun khoiru minal ilaj'. Mencegah lebih baik dari merawat. Kita usaha segala apa yang termampu asalkan selari dengan garis panduan agama islam. Saya kongsikan di sini lima peringkat gangguan jin untuk kefahaman kita semua.

LIMA PERINGKAT GANGGUAN JIN

1. Gangguan Bunyi-bunyian:

Pesakit yang diganggu jin pada peringkat ini biasanya mendengar bunyi-bunyi yang menakutkan seperti suara garau menegur pesakit, bunyi cakaran di tanah, ketukan di pintu pada waktu malam dan sebagainya. Ia biasa berlaku apabila pesakit bersendirian dan hanya pesakit yang mendengar bunyi itu walaupun ada orang lain di sekelilingnya. Perubatan moden menamakan keadaan ini sebagai ‘halusinasi pendengaran’, seperti yang berlaku kepada pesakit skizotrenia iaitu sejenis penyakit gila. 

2. Gangguan Jelmaan:

Pada tahap seterusnya, pesakit mengalami pandangan yang menakutkan. Jin-jin itu menonjolkan diri kepada pesakit dengan rupa yang menakutkan suapaya pesakit menderita dari segi mental.

Pesakit mengadu melihat imbasan-imbasan objek hitam ataupun makhluk yang menyeramkan pada pandangan sisi mata. Ada juga pesakit yang benar-benar melihat secara terus lembaga besar yang mahu menyerangnya ataupun makhluk berupa budak kecil kepala botak mengelilinginya. Ada juga gangguan jelmaan yang menyebabkan pesakit melihat haiwan seperti ular hitam, annjing hitam, kucing hitam, burung gagak ataupun harimau yang tiba-tiba ghaib daripada pandangan mata pesakit. Perubatan moden menamakan keadaan ini sebagai ‘halusinasi penglihatan’.

Gangguan jelmaan ini kadangkala diikuti oleh bau busuk seperti najis yang hanya dihidu oleh pesakit itu. Pesakit mengadu bulu roma meremang ketika gangguan sedang berlaku.

3. Gangguan Perasaan:

Pada tahap ini, pesakit mengalami gangguan perasaan yang menyebabkan hidupnya menjadi huru-hara dari segi penjagaan diri sendiri ataupun dari segi sosial. Keadaan yang biasa dialami adalah:
  • Perasaan sedih yang keterlaluan tanpa diketahui puncanya.
  • Perasaan marah ataupun panas baran yang keterlaluan sehingga tidak terkawal dan menyebabkan kecederaan kepada orang lain.
  • Rasa kecewa dan putus asa sehingga mencapai tahap mahu membunuh diri.
  • Perasaan tidak tenteram, kusut fikiran, tidak boleh fokus kepada kerja yang dilakukan dan tidak berupaya berfikir secara rasional.
  • Berasa was-was kepada pegangan akidah Islam dan mudah lupa kepada perkara baru yang dilakukan.
  • Berprasangka buruk kepada orang yang berada di sekeliling.
  • Sentiasa merasakan dirinya sahaja yang betul serta ego dan sombong yang berlebihan sehingga berasa dirinya terlalu hebat dan orang lain adalah hina.
4. Sakit Fizikal:

Pada tahap seterusnya pesakit biasanya mengadu mengalami kesakitan fizikal. Antara aduan yang biasa ialah:
  • Sakit kepala yang keterlaluan seperti migrain.
  • Sakit pinggang, bahu dan tengkuk.
  • Sakit-sakit sendi.
  • Kelumpuhan ataupun lemah anggota badan.
  • Rasa kebas-kebas pada bahagian-bahagian tubuh ataupun anggota badan.
Biasanya, pesakit sudah pun mendapat rawatan moden sehingga ke tahap doktor pakar. Pemeriksaan secara fizikal dan pemeriksaan makmal menunjukkan keputusan normal ataupun tidak ada masalah. Rawatan yang diberikan doktor juga kurang berkesan dan pesakit masih mengalami sakit yang berpanjangan.

5. Kerasukan Dan Gila:

Tahap ini adalah tahap penyakit gangguan jin yang kronik dan teruk. Apabila sudah dirasuk, minda pesakit dikawal sepenuhnya oleh jin yang memasuki jasadnya sehinggakan pesakit tidak sedarkan diri. Pada ketika ini, pesakit umumnya tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Suara pesakit dan gaya bertutur juga berubah mengikut jin yang merasuk. Cara pergerakan, cara melihat dan lagaknya juga berubah seperti jin. Kerasukan yang melibatkan jumlah orang yang ramai dinamakan histeria. Pesakit biasanya ganas dan lebih kuat secara fizikal sehingga memerlukan ramai orang bagi mengawalnya.

Ada juga pesakit yang tidak seperti dirasuk tetapi menjadi gila, Pesakit sudah tidak dapat membezakan antara dunia hakiki dan dunia ghaib. Pesakit mungkin berupaya bercakap-cakap dengan makhluk-makhluk yang ghaib, suka menyendiri dan tidak menghiraukan keadaan diri sendiri. Mereka mudah melakukan perkara-perkara yang mengaibkan diri sendiri.

Monday, 12 March 2012

BINGKISAN RAWATAN RESDUNG & BEKAM AS SUNNAH

Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah S.W.T"

"Sebaik-baik perubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)"

(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)

Pesakit memang menghidap masalah resdung.

Rawatan Buang Ibu Resdung
Rawatan Serai Wangi

Pesakit pertama kali berbekam, seorang yang kuat bekerja dan perokok tegar. Selalu sakit-sakit badan terutama sekali bahagian pingang.

Darah kotor bergetah (lendir) dan cepat membeku
 
Banyaknya angin

Thursday, 8 March 2012

BINGKISAN RAWATAN RESDUNG

      
1. Kaedah buang lendir ibu resdung dengan serbuk sumpahan resdung.
2. Kaedah cuci muka dengan sabun resdung.
3. Kaedah bakar hama resdung disekitar hidung dan dahi dengan menggunakan lilin herba resdung. Kaedah ini dapat menyembuhkan sepenuhnya masalah gatal-gatal muka pada kulit.
4. Kaedah cuci muka dengan sabun resdung. (akhir)

Bagaimana menguruskan resdung ??

1. Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
2. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
3. Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
4. Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
5. Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
6. Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap. 
7. Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
8. Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
9. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More