Ketika bertemu kami bertegur sapa dan makcik tadi menyampaikan hajatnya untuk didoakan oleh saya. Eh, tiba-tiba pula. Dalam hati berkata, Allah hantar ujian ini, Kerana tak nak menghampakan hajat makcik tadi, saya mintanya untuk duduk berdepan dengan saya. Keizinan dari suami dan anak-anaknya saya pohon untuk memulakan rawatan.
Bismillah, sesi ruqyah pun bermula. Ketika berlangsung sesi tersebut saya dapat rasakan adanya gangguan dalam tubuh makcik tadi. Tubuhnya bergegar dan kakinya sentiasa ditarik-tarik. Selesai sahaja meruqyah, makcik tadi terus memejamkan mata. Ayat penunduk jin saya lafazkan berulang kali dan mengarahkan jin yang menganggu kedepan. Mata dibuka dengan dibeliakkan kepada saya berserta dengan tengkingan dan makian. Kenapa ganggu aku !!? Kenapa ganggu aku !!? Aku sihat je..bla..bla..Memang kamu sihat, tapi kamu menyakitkan dan menyusahkan kehidupan manusia ini.
Untuk pengetahuan, makcik ini berdarah Pakistan dan masa mudanya diminati ramai lelaki. Tambahan dia sentiasa menghidupkan rumahnya dengan majlis ilmu dan majlis zikir dengan menjemput ustaz-ustaz dan guru-guru yang alim dalam bidang agama. Kemungkinan disebabkan itu ada yang tidak senang duduk melihat perjuangan makcik tadi. Selesai jin tadi berleter dan memarahi saya, kini tiba pula sesi kejar mengejar. Nasiblah anak-anak dan suaminya ada, tak perlulah saya mengejarnya. Cukup menyambut serta menepis tendangan dan tamparan makcik tadi. Kronik juga ni, kata saya..
Memang benar apa yang diajar oleh guru-guru saya, kanser ada kena-mengena dengan gangguan jin. Berapa lama dan berapa banyak jin yang ada dalam badan, apa jenisnya, semua memainkan peranan dan menyumbang kepada sakit fizikal. Semuanya berlaku dengan izin Allah. Saya terus mengazab jin tadi dengan ayat-ayat suci al-quran dan dipancung dengan azan. Banyak ‘stok’ dalam badan makcik ini tetapi jin yang paling tua itu masih tidak mahu memberikan kerjasama. Ya, jin tua yang sudah lama menginap di tubuhnya.
Saya hijrahkan dulu mana-mana jin yang mahu keluar ke tempat yang baru. 2 jam berlalu saya putuskan untuk menyembelih mana-mana jin yang masih berdegil. Lalu saya tamatkan rawatan dengan teknik tidurkan jin. Kasihan makcik, dahla masih belum sihat sepenuhnya ada pula gangguan makhluk halus. Keletihan dia kerasukkan. Datang lagi ya untuk rawatan ulangan, InsyaAllah, ada kesembuhan yang lebih baik nanti.
1 comments:
salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola + Sabah Snake Grass… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul... atau boleh ke blog sya ubatkanserb17.blogspot.com...
Post a Comment