Sebenarnya pesakit ini dari Segamat, Johor. 12 tahun yang lalu pernah menghadapi masalah fibroid dan telah dibuang. Disebabkan kecuaian doktor (maklumat diperolehi melalui doktor yang merawatnya sekarang) fibroid itu tidak dibuang secara sempurna lalu telah menyebabkan kanser rahim. Kasihannya, sudah tahap 3. Saya katakan kepada dia, kita sama-sama ikhtiar. InsyaAllah, Allah izinkan. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dengan tag hospital yang masih ada ditangan, saya bersuaikenal dengan makcik itu. Dia baru selesai rawatan radioterapi (dapat pelepasan untuk berhari raya) dan pada hari esoknya akan memulakan rawatan kemoterapi. Patutlah dari awal saya melihatnya murung dan tidak menjamah makanan di meja makan. Kesan radioterapi akan menyebabkan pesakit kurang selera makan tambah pula dengan tekanan emosi yang dihadapi pesakit. Belum lagi kesan yang akan dihadapi pesakit akibat rawatan kemoterapi..MasyaAllah..
Kata saya, kita ikhtiar dua-dua cara, moden kita cuba, rawatan islam juga kita cuba. Sungguh kanser ini juga makhluk Allah S.W.T. Kata salah seorang guru saya, kanser juga ada disebabkan / dibawa oleh jin yang menghasilkan geseran api panas. Perkembangan sel-sel badan berlaku secara abnormal dan jika tidak dirawat secara serius boleh membawa maut. Kata seorang guru mursyid, kanser perlu dirawat dengan rawatan islam pada tahap 1 dan 2 lagi kerana ia belum menjadi teruk. Wallahualam..
Saya memulakan rawatan dengan mengajak semua ahli keluarga terdekat menyedekahkan al-fatihah kepada seluruh muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita diikuti dengan zikir. Selesai sahaja sesi itu, makcik tadi mengadu yang seluruh badannya panas dan rasa benci terbit dalam hatinya terhadap saya. Teruskan sahaja zikir dengan menyebut nama Allah, kata saya.
Sesi ruqyah saya mulakan dari hujung kakinya kemudian saya tumpukan dibahagian tulang belakang dan sekitar belakang rahim. Dengan izin Allah S.W.T ditambah dengan keberkatan bulan syawal, makcik tadi memuntahkan sejenis cecair kuning yang amat banyak. Selang beberapa minit dia muntah lagi sehingga cecair kuning tadi tiada. Saya sambung rawatan dengan uji kehadiran jin dengan teknik tikam dan gantung tangan. Alhamdulillah, makcik tadi dah ‘clear’ berbanding dengan sebelumnya. Perasaan benci yang menyelubungi hatinya tadi pun sudah hilang.
Makcik perlukan rawatan ulangan, kata saya. Saya tamatkan rawatan dengan menyuruh pesakit mengamalkan pemakanan sunnah seperti cuka makan, madu, habbatusauda dan kurma, serta membaca dan mendengar surah al-baqarah dan as-soffat sekerap mungkin. Esok, sebelum rawatan kemo, scan lah dulu kanser tu, pinta saya. Saya maklum bukan setiap orang mampu menahan rawatan kemoterapi, ia mematikan sel-sel badan kita yang hidup dan normal sekalipun. Malah, ketajaman rawatan kemo menyerang hingga ke ulu hati. MasyaAllah..
Selesai rawatan, saya perhatikan makcik tadi terus ke meja makan lalu makan hidangan yang disediakan anaknya untuk para tetamu. Lapar katanya, makcik baru ada selera makan. Sayunya hati saya..YA ALLAH, Sembuhkanlah dia Ya Allah…
1 comments:
Mcm mana nk buat rawatan ye?
Post a Comment