Jin-jin saka yang baik, mereka mengaku kononya bergama Islam dan atas dasar itu, mereka berlaku baik kononnya demi menolong manusia ataupun mengajar manusia. Hakikat yang sebenarnya, jin-jin saka adalah jin-jin kafir tetapi mengaku Islam dan menipu orang Islam. Penipuan mereka demi menyesatkan serta menimbulkan elemen syirik dalam amalan seperti memohon bantuan daripada jin-jin.
Petunjuk Al-Quran sememangnya melarang manusia meminta pertolongan daripada jin-jin bagi melaksanakan tugas-tugas harian ataupun perawatan. Allah S.W.T berfirman:
Jin-jin yang menyamar sebagai penganut agama Islam dan jin-jin saka yang kononnya baik ini memastikan hidup pemilik-pemiliknya susah ketika tua. Tujuan terakhir mereka sama seperti tujuan asal permusuhan iblis dan manusia, iaitu menghalang manusia daripada beriman kepada Allah S.W.T. dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Pada ketika itu, apabila pemiliknya berada dalam keadaan nazak, jin-jin ini akan menyusahkan dan menghalang habis-habisan pemilik-pemilik asal mereka mengucap dua kalimah syahadah.
Sebenarnya, jin-jin Islam tidak bercampur dengan orang Islam. Sekiranya ada perhubungan sekalipun, ia adalah bersifat minimum dan bukan disengajakan. Jin-jin Islam haram memasuki rumah orang Islam apatah lagi masuk ke tubuh badan mereka. Sekiranya ada jin yang mengaku Islam masuk ke dalam tubuh, rumah, membuat kekacauan ataupun mendatangkan penyakit ke atas manusia, sebenarnya mereka adalah golongan jin kafir yang mengaku beragama Islam.
Kesimpulannya, tidak ada saka yang baik kerana mereka semua hakikatnya jin kafir yang menunggu masa menyesatkan manusia sepenuhnya, iaitu ketika tibanya ajal atau dalam keadaan sakaratulmaut.
0 comments:
Post a Comment