Tuesday, 20 March 2012

RAWATAN RESDUNG [ RAWATAN AS SUNNAH]

Resdung' melalui istilah kedoktoran: penahanan mukus yang disebabkan oleh pembengkakkan membran (sel lapisan kulit). Bengkak ini terjadi kerana saluran tersekat. Mukus adalah bahasa saintifik kepada cecair berupa lendir (hingus) yang ada di dalam tubuh manusia. Petanda paling ketara mukus berlebihan adalah kulit wajah berminyak. Minyak yang boleh mengakibatkan wajah kusam dan lebih teruk lagi; jerawat dalam bentuk bisul atau bernanah. Simptom lain yang sering dikaitkan Resdung:
  • mudah sejuk, menggigil di sesuatu keadaan yang tak sepatutnya (baru hujan sikit saja, dah rasa macam nak demam)
  • batuk sampai terasa gatal kerongkong, anak tekak
  • telinga selau rasa tersumbat. Kalau teruk, kena dapatkan ubat doktor cairkan sumbatan (dititik dalam telinga). Contoh: 'berdengung' telinga yang sukar hilang apabila ketinggian berubah-ubah seperti dalam kapal terbang atau lif
  • Hidung kadang-kala meleleh air (tanpa hembusan)
  • Gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi rasa nak teruskan - sampai merah dan berair.
  • Bersin melampau, sampai pengaruhi suhu badan (jadi panas) dan sikap (baran)
Disudahi dengan satu lagi petanda paling ketara: hidung kerap sangat tersumbat kerana lendir / kahak dan amat sukar dihembus keluar. Akibatnya; suara menjadi agak 'sengau'. Resdung juga dikenali dengan nama 'Sinus' (ketumbuhan dalam hidung) dan 'Alergi' (alahan kepada sesuatu jenis benda atau makanan).

    

0 comments:

Post a Comment



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More