Berita Dari Metro Hari Ini 15 Dis 2011
Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara halus’ sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.
Katanya, apabila mangsa tidak kuat untuk menghadapi gangguan terbabit, sihir itu lebih mudah terjadi apatah lagi jika kedua-dua pihak pernah mempunyai hubungan istimewa.
“Sepatutnya kita lihat balik ibadat wajib kita terutama solat, sempurna atau tidak. Kalau yang itupun tak cukup, jangan pertikaikan kenapa permintaan kita tidak ditunaikan, namun jangan pula memilih jalan tidak diredai iaitu sihir,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Tuan Asmawi berkata, hanya solat mampu menjadi pendinding untuk mengelak terkena perbuatan sihir oleh pihak tertentu walaupun ia ilmu hitam yang paling kuat.
Bagi masyarakat Barat, amalan sihIr ini semakin dipraktikan di sana. Malah agama Yahudi yang tidak boleh di anuti oleh mana-mana bangsa selain Yahudi pun sebahagian ajarannya diajar kepada penganut-penganut yang bukan Yahudi atas nama “Ajaran Kaballa”. Bila diteliti ianya lebih kepada ajaran sihIr yang diajarkan kepada penganut yang bukan berbangsa Yahudi.
Selain itu melalui industri perfileman pun digunakan oleh gerakkan Yahudi sedunia untuk mengembangkan sihIr ini. Lihat sahaja filem seperti “Harry Porter” .”Lord Of The Ring”, ‘The Sorcerer’s Apperentice” “The Seekers” “Super Natural” “Merlin”. Malah di dalam filem kartun pun kekadang diselitkan dengan amlan sihIr. Seperti filem “Futurama” yang digambarkan dengan mata satu.
Bukan begitu sahaja malah di jalan-jalan juga akan diperkenalkan dengan amalan sihIr seperti “Street Magic” oleh David Blaine, Criss Angel dan juga beberapa persembahan oleh David Cooperfeld. Semua ini mengambarkan satu cara mempromosikan amalan Dajjal dan menjadikan sihIr itu sebahagian kehidupan kita. Tidak kurangnya juga di Malaysia kita ini bila mana akhir-akhir ini semakin banyak filem-filem hantu dan mentera sihIr diperkenalkan.
Bila ini berlaku maka masyarakat tidak segan silu dan tidak merasai bersalah jika mempraktikkan sihIr atau setidak-tidaknya berjumpa dengan bomoh untuk urusan sihIr menyIhir.
Jika kita beramal dengan amalan agama kita dengan betul. InsyaAllah kita akan terjauh dari kejahatan sihir ini. Wirid selepas solat lima waktu itu sendiri pun jika kita istiqamah beramal dengannya akan terjauh kita dari terkena kejahatan sihir. Rumah-rumah yang di dalamnya ada bacaan quran dan hadis akan terpelihara dari kejahatan sihir ini. Setiap amalan sunnah Nabi s.a.w yang di amalkan pun akan menjauhkan kita dari kejahatan sihir. Kalau terkena pun tidaklah terlalu teruk.
Jadi kaedah pengubatan yang mujarab agar tidak terkena kejahatan sihir ini sebenarnya adalah melalui beramal dengan amalan agama itu sendiri.
Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment