Thursday, 12 January 2012

Apa itu Ruqyah Syar'iyyah



Pengertian Ruqyah

Ruqyah secara bahasa adalah Do'a Penjagaan.

Secara istilah berarti sebuah terapi syar'i dengan cara pembacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an dan do'a-do'a perlindungan yang bersumber dari Nabi Shollallahu 'alaihi wasallam yang dilakukan seorang muslim, baik dengan tujuan penjagaan diri sendiri atau orang lain dari pengaruh jahat pandangan mata ('ain) manusia dan jin, kerasukan, pengaruh sihir, gangguan kejiwaan, berbagai penyakit fisik dan sebagainya dengan tujuan untuk pengobatan.

Landasan Syar'i Ruqyah Syar'iyyah

Allah SWT berfirman :

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian."
(Al-Isra : 82)

Rasulullah SAW bersabda :

"Bacakan ruqyah-ruqyah kalian kepadaku, tidak apa-apa dengan ruqyah yang tidak mengandung kesyirikan didalamnya."

(HR. Muslim)

Pendapat Ulama tentang Ruqyah

Imam Nawawi berkata;

"Ruqyah dengan ayat-ayat Al-Qur'an dan dengan do'a-do'a yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah sesuatu hal yang tidak terlarang. Bahkan itu adalah perbuatan yang disunnahkan. Telah dikabarkan para ulama bahwa mereka telah bersepakat (ijma') bahwa ruqyah dibolehkan apabila bacaannya terdiri dari ayat-ayat Al-Qur'an atau do'a-do'a yang diajarkan oleh Rasulullah SAW."

Shahih Muslim bisyarhi An-Nawawi : 14/341

1. Makna Al-Ruqyah Al-Syar‘iyyah :-

Al-Ruqyah الرقية itu bermaksud jampi daripada perkataan Raqa رقى
Al-Syar‘iyyah الشرعية itu bermaksud yang dibangsa kepada syarak daripada perkataan syara-‘a شرع
Jadi, makna Al-Ruqyah Al-Syar‘iyyah الرقية الشرعية itu ialah jampi yang dibangsa kepada syarak.

2) Sumber Ayat-Ayat Al-Ruqyah Al-Syar‘iyyah = Al-Quranul Karim

3) Penjelasan mengenai Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah :

Bahawasanya ayat-ayat ruqyah ini banyak dan terdapat dalam bermacam-macam kaifiat(cara baca). Anda mungkin melihat kaifiat ayat ruqyah daripada Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki di dalam kitabnya Al-Aurad Al-Zainiyyah Al-Makkiyyah dan daripada Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, pengasas Darus-Syifa' di dalam kitabnya Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat dan Doa Mustajab.

4) Faedah Mengamalkan Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah :

Telah berkata Al-Alim Al-Allamah As-Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki,
“Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah ini di amalkan untuk keselamatan diri daripada gangguan makhluk-makhluk halus, dan sekiranya seseorang itu dirasuk syaitan, baca ayat ini kepada orang itu maka kita akan dapat berbicara dengan makhluk tersebut dan dapat mengusirnya keluar daripada tubuh orang yang dirasuk itu. Wallahu A-‘alam.”

Dan telah berkata tokoh perubatan Islam serta ulama' besar Malaysia yang tidak asing lagi bagi kita, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din di dalam bukunya, Menjawab Persoalan Makhluk Halus, Kaitannya dengan Penyakit dan Pengubatannya :

“Menghindarkan diri daripada suatu yang tidak diingini diistilahkan sebagai Al-Wiqayah, Al-Wiqayah adalah suatu yang dituntut oleh Islam, seperti selalu yang diungkapkan oleh kata-kata hikmah iaitu, menjaga diri sebelum berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti penyakit adalah lebih baik daripada mengubati penyakit. Islam menyarankan pelbagai cara kepada manusia untuk menghindarkan diri daripada terkena perbuatan sihir. Dalam Al-Quran terdapat surah tertentu yang dibaca oleh masyarakat kita sebagai pelindung. Surah ini dikenali dengan istilah Al-Mu-‘awwizaat atau tiga surah terakhir daripada Al-Quran, iaitu Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.

Kita dianjurkan mengamalkannya sebagai satu ikhtiar untuk menghindarkan diri daripada terkena sihir. Di samping itu banyak lagi ayat-ayat lain boleh diamalkan seperti Ayatul Kursi. Kita hendaklah sentiasa mendampingi Allah Subhanahu Wa Taala, menghiasi diri dengan melakukan amal kebajikan serta menghindar diri daripada melakukan maksiat. Ikhtiar sebegini adalah cara terbaik untuk menghindari diri daripada syaitan, sihir dan niat jahat manusia. Al-Wiqayah merupakan cara paling berkesan untuk mengelakkan diri terkena sihir kerana jika sudah terkena, sukar untuk menghilangkannya. Semakin lama penyakit tersebut dalam diri manusia, semakin sukar dirawat.” - Intaha.

Di dalam buku yang sama ketika ditanya, Bagaimanakah Ikhtiar Yang Dibenarkan Syarak Untuk Mengubati Pesakit Yang Terkena Sihir, beliau menjawab :-

“Penyakit yang disebabkan oleh sihir berlaku di alam rohani. Kebanyakan sihir di lakukan secara tersembunyi, khususnya pada waktu malam. Sihir diamalkan secara terselindung, maka sudah tentu tidak mudah untuk mengubatinya.

Antara ikhtiar untuk mengubati sihir adalah seperti berikut :

Menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk menentang sihir seperti yang telah saya(Tuan Guru Haron Din) sebutkan sebelum ini. Terdapat banyak ayat Al-Quran menyentuh tentang sihir yang berlaku di alam kehidupan manusia. Contohnya ialah apabila sihir berlaku secara berleluasa pada zaman Nabi Allah Musa Alaihis Salam, baginda menghadapi sihir dengan kekuatan jiwa dan meminta bantuan Allah Subhanahu Wa Taala sehingga ahli-ahli sihir kecundang, menyerah kalah dan beriman kepada Nabi Musa Alaihis Salam.

Kitab karangan ulamak muktabar menyarankan kita membaca 11 ayat daripada Surah Al-Baqarah iaitu ayat 1-5, 255-257, tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah.

Ada juga ulamak yang menyarankan agar kita membaca Surah Al-Fatihah, ayat 255 Surah Al-Baqarah, ayat 117-119 Surah Al-A’araf, ayat 79-86 Surah Yunus atau 82-83, ayat 65-69 Surah Thaha, ayat 118 Surah Al-A’araf dan ayat 70 Surah Thaha. Ayat ini di sarankan agar dibaca oleh orang yang terkena sihir ataupun orang yang mengubati penyakit akibat terkena sihir dengan memohon perlindungan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.”-Intaha

Oleh yang demikian fahamlah kita disini bahawa pembacaan Ayat-Ayat Ruqyah ini adalah sebagai usaha dan ikhtiar kita untuk perkara-perkara berikut :
1) Mengelak daripada gangguan makhluk halus (jin, syaitan, iblis)
2) Mengelak daripada niat jahat manusia.
3) mengelak daripada sihir.
4) Sebagai benteng pertahan diri kita.
5) Sebagai penyembuhan daripada penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gangguan dan sihir.
6) Sebagai salah satu jalan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
7) Sebagai salah satu cara menghindari maksiat kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

0 comments:

Post a Comment



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More