Pil Penawar AKRINE

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Kismis Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Buku Berdialog Dengan Jin

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Aroma Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Air Penawar Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Thursday, 14 June 2012

KELEBIHAN SELAWAT MUNJIAH


PENJELASAN:

Syeikh Al-Buni dan Imam Jazuli menerangkan bahawa sesiapa yang berhajat baik sama ada hajat dunia atau hajat akhirat, bacalah selawat ini sebanyak 1000 kali sebaiknya di waktu tengah malam, maka insyaallah akan tertunai hajatnya dengan segera.

Imam Dainuri menerangkan; pada suatu waktu umat Islam ditimpa kesusahan atau penyakit menular atau ada hajat besar untuk di tunaikan maka mereka akan membaca selawat ini.

Selawat Munjiah ini baik juga dibaca setaip lepas sembahyang lima waktu.

KISAH:

Dipetik dari kitab Minhajul Hasanat, daripa Fajr-i-Munir, dtulis oleh Ibn Fakhani (r.a) bahawa terdapat seorang yang soleh dan sering menabdikan diri bernama Musa Darir.

Beliau memberitahu satu peristiwa yang berlaku kepadanya:

“Daku sedang belayar didalam sebuah bahtera yang mula hendak karam. Pada masa yang sama perasaan mengantuk mengusai diriku. Dalam keadaan itu Rasulallah s.a.w (selawat dan salam atas baginda) mengajar aku selawat (selawat munjiah) dan bersadba: ORANG-ORANG DALAM BAHTERA INI HENDAKLAH MEMBACA 1000 KALI.

Baru sahaja selawat ini dibaca sebanyak 300 kali bahtera telah kembali kepada pelayaranya yang biasa.

Wednesday, 6 June 2012

BEKAM MINGGUAN DI AKRINE SENAWANG

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dalam Jami’-nya daripada hadith Ibnu Abbas secara marfu’:

ان خير ما تحتجمون فيه يوم سابع عشرة أو تاسع عشرة ويوم احدى وعشرون
Ertinya :

“Sesungguhnya waktu terbaik untuk melakukan bekam adalah pada tarikh 17,19 dan 21 setiap bulannya.”

Terdapat riwayat serupa dengan hadith di atas, iaitu hadith yang diriwayatkan daripada Anas r.a. yang bermaksud :”Rasulullah biasa melakukan pembekaman pada pelipis dan najunya. Baginda biasa melakukannya pada tarikh 17,19 atau 21.”

Dalam Sunan Ibnu Majah daripada Anas r.a. diriwayatkan secara marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

من أراد الحجمة فاليتحر سبعة عشر أو تسعة عشر أو احدى وعشرين ولا يتبيغ بأحدكم الدم فيقتله


Ertinya : “Barangsiapa ingin berbekam, hendaklah mencari tarikh 17, 19 dan 21. Jangan sampai mengalami ketidakstabilan darah, kerana hal itu boleh mematikan.”
Di dalam Sunan Abu Daud, dari hadith Abu Hurairah r.a. disebutkan secara marfu’, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

من احتجم لسبع عشرة أو تسع عشرة أو احدى وعشرين كانت شفاء من كل داء


Ertinya :”Barangsiapa melakukan bekam pada tarikh 17,19 atau 21, maka akan sembuh dari setiap penyakit.”

Yakni setiap penyakit yang disebabkan oleh kelebihan darah.

Pesakit sentiasa berasa badan tidak sihat dan lemah-lemah. Kekuatan ingatannya agak merosot dan lemah ketika hendak melakukan kerja.

Bekam Semi-Overhaul
Pesakit sentiasa lemah-lemah dan sakit badan

Tuesday, 5 June 2012

KHASIAT AYATUL KURSI

Mahfum ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:

1.   Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

2.   Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
 
3.   Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
 
4.  Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

6.  Syeikh Al-Buni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

7.  Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
 
8.   Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
 
9.  Syeikh Al-Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga isyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

10.  Syeikhul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi Al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Monday, 4 June 2012

KELEBIHAN BISMILLAH 21 KALI

 

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk berkongsi amalan-amalan yang berfaedah untuk dipraktik dan diamalkan oleh sekalian umat islam diluar sana. Kebelakangan ini agak kurang hendak saya post'kan entry berkaitan pengalaman merawat. Rasanya lebih elok begitu, untuk menutup pintu dan ruang-ruang syaitan meniup rasa ujub dan tinggi diri dalam diri saya yang serba lemah ini.

Amalan ini amat mudah untuk diamalkan. Hanya memakan masa selama satu atau dua minit sehaja, namun anda akan mengalami kesan yang menakjubkan. Amalan in dilakukan semasa mahu tidur pada waktu malam. Cara amalannya seperti berikut:

Ketika hendak tidur pada waktu malam, apabila kita sudah pun di katil, setelah baringkan diri, bacalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali. Kemudian niatkan dalam hati jam berapa kita mahu bangun esok paginya. Boleh juga berniat seperti ini ” Ya Allah, aku mahu bangun 20 minit sebelum azan subuh”. Atau pun begini ” Ya Allah aku mahu bangun jam 3.00 pagi untuk solat tahajjud”.

InsyaAllah anda akan terjaga tepat pada masa yang telah diniatkan.

Amalan ini amat mudah dilakukan dan amat mustajab kesanya. Kalau anda masih belum yakin atas apa yang saya paparkan disini, anda boleh mencuba sendiri mulai malam ini, kemudian lihatlah buktinya. Sungguh mudah sekali.

Disamping anda boleh jaga tepat pada waktu yang diniatkan, pengamal bacaan BISMILLAH 21 kali ini juga mendapat kelebihan-kelebihan lain juga, dengan izin Allah S.W.T antaranya:
  1. Anda akan terjaga tidur sekiranya ada penceroboh atau mencuri yang berniat buruk.
  2. Terselamat dari sebarang gangguan makhluk, samada dari gangguan manusia atau binatang serta gangguan jin.
  3. Terselamat dari sihir atau ilmu hitam yang di tujukan kepada kita yang selalunya dilakukan semasa seseorang itu tidur.
ALLAHU HAQ !!

Friday, 1 June 2012

HIKMAH SURAH AL-FATIHAH


Hadith:

Hazrat Abdul Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda "Didalam surah alFathihah terdapat satu ubat untuk segala penyakit"

Kelebihan surah Fathihah terdapat dalam banyak hadith-hadith.

Rasulallah s.a.w juga pernah bersabda: "Aku beritahu kamu satu surah yang teragung, yakni yang paling mulia di dalam alQuran; iaitu surah alHamd (surah pertama dalam alQuran)

Masyaikh telah menyatakan bahawa membaca surah Fathihah dengan penuh percaya dan yakin akan menyembuhkan segala penyakit, sama ada penyakit rohani atau jasmani, penyakit luar atau penyakit dalam.

Terdapat didalam Sihah (enam buah kitab Hadith yang sahih) bahawa sahabat-sahabat Rasuallah s.a.w pernah membaca surah alFathihah dan menghembus keatas orang di gigit ular dan kala jengking, malahan keatas orang yang lumpuh dan orang yang berpenyakit otak. Rasulallah s.a.w sendiri mengakuinya.

Ada satu riwayat yang menyatakan bahawa Rasulallah s.a.w pernah membaca surah ini lalu menghembusanya ke atas Saib Ibnu Yazid dan menyapu dengan air liurnya di atas tempat yang kesakitan.

Mengikut Hadith yang lain adalah dikatakan bahawa semasa kita hendak pergi tidur, apabila seseorang itu membaca surah alFathihah dan surah Ikhlas (Qulhuallah) dan menghembuskan keatas diri nya ia akan dijauhkan dapipada segala bahaya kecuali maut.



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More