Semakin ramai yang sedar dan berminat dengan terapi urutan + bekam. Alhamdulillah.
Sebuah hadis dalam Sahih al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Said bin Jubair, daripada Ibnu Abbas, daripada Nabi Muhammad Sholallahu 'alaihi wassalam bahawa baginda Sholallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud : “ Kesembuhan (rawatan) boleh diperoleh dengan tiga cara. Pertama, dengan meminum madu.Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas dan saya tidak menggalakkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas.”
Abu Abdillah al-Mazari menyatakan, “Penyakit kerana penyumbatan ada tiga jenis.Jenis yang menyerang darah, jenis kuning, jenis yang menyerang tenggorok dan jenis hitam. Jenis yang menyerang darah, caranya adalah dengan mengeluarkan darah yang tersumbat. Bila termasuk ketiga jenis lainnya, caranya adalah dengan meminum ubat pencahar (pelarut zat) yang berkhasiat untuk mengatasi setiap sumbatan yang komplikasi sekalipun.”
Dengan menyebut madu, seolah-olah Nabi Muhammad Sholallahu 'alaihi wassalam hendak mengisyaratkannya sebagai ubat pencahar. Bekam sebagai proses mengeluarkan darah kotor termasuk dalam sabda baginda ‘pembekaman’. Kalau semua cara tersebut tidak berjaya, maka kaedah terakhir adalah kayy (pengubatan dengan besi panas). Nabi menyebut kayy sebagai kaedah rawatan dan pengubatan, kerana perubatan itu digunakan ketika kuatnya penyakit mengalahkan kekuatan ubat-ubat tersebut, sehingga ubat yang diminum tidak lagi bermanfaat.
Posted in:
1 comments:
Post a Comment