Monday, 13 January 2014

KEBERKESANAN DOA


Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Isra’ ayat 82 :

Ertinya:
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah menukilkan dalam kitabnya “Zaad Al-Ma’aad”, ‘Maka tiadalah suatu penyakit antara penyakit-penyakit hati (jiwa) dan penyakit-penyakit badan (fizikal) melainkan dia mendapatkan cara pengubatannya dalam Al-Quran, juga sebab atau punca penyakit dan cara memelihara daripadanya, iaitu bagi siapa yang dikurniakan Allah kefahaman dalam Kitab-Nya. Siapa yang tidak terubat dengan Al-Quran, maka tiadalah dia disembuhi Allah dan siapa yang tidak berasa cukup (dengan perubatan) Al-Quran, maka tiadalah dia dicukupkan oleh Allah’.

Membacakan ayat-ayat dan doa-doa dari Al-Quran dan As-Sunnah mempunyai pengaruh dalam penyembuhan rohani dan jasmani, fizikal mahupun spiritual.

Menurut Ibnu Qoyyim Al Jauziyah lagi, terapi ruqyah merupakan terapi dengan melafazkan doa baik dari Al Quran mahupun As Sunnah untuk menyembuhkan suatu penyakit. Menurutnya juga, terapi ruqyah tidak terbatas pada gangguan jin, tetapi juga merangkumi terapi fizikal dan gangguan jiwa.

Keberkesanan doa yakni ayat-ayat ruqyah, selawat dan doa telah dikaji dan diteliti oleh beberapa tokoh perubatan, diantaranya ialah Dr. Dossey, doktor lulusan Universiti di Texas. Dia menjelaskan bahwa setelah ia mengumpulkan beberapa penelitian tentang terapi doa, dia menjelaskan bahwa ternyata doa dapat mengendalikan sel-sel kanser, sel-sel darah merah, enzim, bakteria dan sebagainya. William G. Braud, pengarah penyelidikan di Institute of Transpersonal Psychology di Palo Alto, melaporkan bahawa manusia mampu mempengaruhi secara mental dan dari jarak jauh, pelbagai sasaran biologi misalnya bakteria, koloni ragi, alga motil (semacam tumbuhan), tanaman, protozoa, larva, kutu kayu, semut, anak ayam, tikus, kucing, anjing, juga pelbagai sel (sel darah, neuron, sel kanser) dan kegiatan enzim.

Pada sasaran manusia, misalnya mempengaruhi gerakan mata, gerakan motor, kegiatan elektrodermal, kegiatan pletismografik, pernafasan, dan irama otak. Hal ini menunjukkan bahwa doa atau kegiatan fikiran manusia dapat mempengaruhi makhluk, termasuk kesihatannya. Selanjutnya Dr. Dadang Hawari menyatakan bahwa suatu kajian terhadap 393 pesakit jantung di San Fransisco menunjukkan bahawa kelompok pesakit yang terapinya ditambah dengan terapi doa sedikit sekali yang mengalami komplikasi, sedang yang tidak menggunakan terapi doa banyak menimbulkan komplikasi dari penyakit jantungnya.

Dr. Erwin Kusuma, seorang pakar psikologi di klinik Prorevital, menyatakan bahwa air yang telah dibacakan doa akan berubah struktur molekulnya dan dapat digunakan sebagai ubat. Senada dengan pendapat Dr. Erwin, di atas satu penelitian di Jepun yang dilakukan oleh Dr. Emoto menunjukkan bahwa struktur molekul air akan berubah bila diberi kata-kata atau suara. Dia kemudian menjelaskan bahwa tubuh badan manusia mengandungi 70 peratus air, jadi perubahan akan berlaku bila diberi kata-kata, suara, atau doa. Perubahan struktur air di dalam tubuh badan inilah yang akan mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.

Beberapa penelitian tentang kesan doa terhadap kesihatan di atas, secara tidak langsung, membuktikan bahawa terapi ruqyah, selawat dan doa dari Al Quran dan As Sunnah, mempengaruhi terhadap penyembuhan sakit jasmani.

0 comments:

Post a Comment



RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

TERAPI URUTAN ISLAM

TERAPI URUTAN ISLAM

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More