Terapi AQ - Minggu lalu merawat kes kaki bengkak yang dihidapi pesakit hampir bertahun-tahun. Pesakit datang selepas melihat saudaranya yang menghidap kanser payudara yang sudah sampai ke tulang rusuk mendapatkan rawatan dari saya. InsyaAllah akan dikongsikan kelak.
Pesakit yang boleh di panggil makcik ini sudah menderita sakit kaki sudah lama. Sudah bertahun dan hanya makan ubat-ubatan Dr. untuk mengurang dan mensurutkan bengkak sahaja. Dia tiada masalah kencing manis, jantung, paru-paru, ginjal dan selainnya. Mungkin jika dibiarkan agak lama bergantung kepada ubat yang agak kuat itu, pasti akan beri kesan sampingan pada kesihatannya terutama sekali buah pinggang.
Rawatan ayat-ayat suci Al-Quran diperdengarkan kepada makcik ini dan dia mula menangis dan merintih kesakitan. Katanya seluruh tubuhnya sakit bila diperdengarkan dengan ayat suci al-quran. Kedua kakinya yang bengkak tadi mula menunjukkan reaksi mengeletar dan menendang-nendang. Hakikatnya dia berjalan pun dipapah manakan mampu mengerakkan kaki sebegitu cepat.
Pertama sekali diminta makcik itu bertenang kerana tidak mahu berlaku kerasukkan, dia terus menangis, menangung kesakitan yang teramat sangat katanya. Selesai sesi dialog dan dakwah buat makhluk yang menghuni sekiranya ada, akhirnya dia muntah berkali-kali di selang seli dengan sendawa. Rawatan ditamatkan dahulu kerana melihat kondisi badannya yang terlalu letih dan lemah.
Di dalam surah Al-Israa’ ayat 82, Allah SWT berfirman:
“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.”
Dan di dalam surah Fussilat ayat 44, Allah SWT berfirman:
“Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”.
Tiap organ dan anggota dalam yang ada pada diri kita ini semuanya makhluk Allah SWT. Dengan harapan kepada Allah agar DIA menyembuhkan. Yang bengkak jadi surut, yang sakit jadi sembuh, yang berpenyakit hilang penyakitnya dengan keberkatan ayat-ayat suci Al-Quran.
Terbuktilah bahawa semua penyakit yang datang dari Allah SWT, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulang sahaja kepada kita untuk mencari dan mengamalkannya. Yakinlah sepenuhnya kepada mukjizat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. ini.
Posted in:
0 comments:
Post a Comment