Pil Penawar AKRINE

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Kismis Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Buku Berdialog Dengan Jin

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Aroma Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Air Penawar Akrine

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Monday 30 January 2012

FAKTA BEKAM

PANTANG LARANG BERBEKAM
  1. Seelok-eloknya berpuasa atau 2 jam sebelum berbekam jangan makan makanan yang terlalu mengeyangkan bagi memudahkan proses pengeluaran darah kotor.
  2. Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan makan/mandi melainkan selepas sejam kemudian.
  3. Jangan makan makanan laut untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.
" Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat, serta menambah kekuatan akal dan hafalan."

PERINTAHKAN UMAT KAMU AGAR BERBEKAM, WAHAI MUHAMMAD!

Kepada setiap muslim dan muslimah di seluruh dunia,timur dan barat, saya menghadirkan di hadapan anda semua satu kekayaan terpendam, mutiara tersembunyi, sunnah yang dilupakan oleh ramai umat Islam khususnya, dan penyembuh segala penyakit dengan izin Allah SWT di mana Rasul dan kekasih kita Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)"
"Sesiapa yang berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"

  
  (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)

MUKJIZAT BEKAM

Orang-orang beriman baik lelaki atau perempuan pasti sangat rindu ingin mendengar sunnah Rasulullah SAW khususnya bekam. Ramai pesakit yang pernah menjalani terapi bekam ini menyaksikan dan merasai sendiri mukjizat kesembuhan dalam mengatasi penyakit-penyakit yang sukar di sembuhkan oleh para doktor. Sayangnya masih sedikit yang mengenali kaedah pengubatan ini. Bahkan dari kalangan terpelajar pun sedikit sekali yang pernah mendengarnya apalagi dari kalangan awam.

Setiap muslim dan muslimah tahu bahawa hadith-hadith Rasulullah SAW tidak pernah berubah dan berganti, kerana ia wahyu dari Allah SWT dan agama ini telah sempurna dan segala puji hanya bagi Allah SWT. Maka hadith-hadith yang berkaitan kaedah pengubatan dengan bekam, keutamaannya, hari-hari perlaksanaannya dan sebagainya adalah bersifat tetap tidak berubah.

Sungguhpun begitu saya memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada kita ilmu, pandangan yang mendalam dan keikhlasan dalam memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam tanpa terkecuali,sesungguhnya Dia yang berkuasa ke atas sesuatu.

Menurut Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawi,bahawa pengubatan bekam harus dilakukan secara bersamaan dan berpadu dengan penggunaan bahan alami seperti madu,habbatus sauda,kismis,tamar dan lain-lain, disertai dengan zikir mahupun doa-doa Ruqyah Syar'iyyah,serta mengamalkan ajaran islam yang nyata. 

BEKAM SUNNAH RASULULLAH SAW

Sesiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. (Al Hadis)


PERINTAH BERBEKAM

Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.


KENAPA PERLU BERBEKAM???

Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.

Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya.

Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan, bisa dan sejenisnya.


KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM

Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.

Dalam satu athar disebutkan: "Pembekaman yang dilakukan ketika haus, boleh membantu proses penyembuhan. Apabila dilakukan ketika kenyang, boleh menimbulkan penyakit. Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."


WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.


BEKAM VS SIHIR

Apakah kaitan antara Bekam dengan Sihir??? Kita sudah mengetahui tentang bekam, lantas apakah sihir itu??? Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim sihir adalah: "Kombinasi dari pengaruh roh-roh jahat serta reaksi kuat yang alamiah terhadapnya. Sihir terjadi melalui makanan atau minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah.

Lantas jin yang mengalir dalam aliran darah sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam merupakan tindakan yang paling efektif. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir kecuali AL-QURANUL KARIM yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila 2 cara penyembuhan di gabungkan, iaitu Al-Quran dan Bekam. Allahu Akhbar!

BEKAM DI TENGKUK

Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."

Pada hadith lain disebutkan, "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."


BEKAM DI PELIPIS KENING

Anas bin Malik menceritakan, "Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening baginda." Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada dua pelipis kening dan bahunya. Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda.  


KEDUDUKAN TUKANG BEKAM

Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.


KEBAIKAN BERBEKAM
  1. Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun.
  2. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  3. Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  4. Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
  5. Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
  6. Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
  7. Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
  8. Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  9. Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
Sumber : Mukjizat Bekam Blog Che Wann

URUTAN

URUTAN BADAN

Urutan memberi banyak kelebihan pada tubuh badan kita diantaranya melancarkan peredaran darah, membantu melangsingkan badan dan menyegarkan badan yang kelesuan selepas penat bekreja. Urutan adalah salah satu rawatan yang digunakan secara meluas utk menyihatkan badan kerana cara ini telah terbukti berkesan sejak turun temurun lagi. Sehingga kini rawatan ini masih digunakan walaupun telah banyak rawatan cara moden di perkenalkan. Urutan juga terbukti boleh menghilangkan stress akibat dari tekanan kerja atau masalah peribadi.

Urutan yang di buat haruslah mengikut kesesuaian dan keperluan badan pesakit. Urutan juga tidak boleh dilakukan dengan terlalu kuat kerana akan menyebabkan tubuh badan pesakit lebam dan sakit dan bagi pesakit pula jika berasa tidak selesa dengan cara urutan yang dilakukan haruslah memberitahu kepada tukang urut agar dapat di olah mengikut citarasa pesakit dan dapat menghasilkan kepuasan yang maksimum.

1. Urutan Badan - RM 60

2. Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70

3. Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 80 ( Tanpa sentuhan alat sulit )

Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. 
* Urutan hanya untuk kaum Adam *

Refleksologi: Kenali Titik Refleksi Anda

URUTAN TAPAK KAKI

Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu.Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki.

Refleksologi juga dikatakan sebagai rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan refleksologi membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum.

Urutan refleksologi kaki ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali. Tekanan pada 30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi kencing, jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong.

Urutan ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak. Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan dalam tempoh singkat dan kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30 tahun. Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan.

Langkah pencegahan perlu dengan memastikan otot, tulang, sendi dan ligamen sentiasa terpelihara. Wanita tidak boleh mengabaikan penjagaan kaki kerana ia sama penting dengan anggota badan yang lain seperti wajah, rambut dan kuku. Urutan refleksologi kaki ini dilakukan kurang daripada satu jam. Bagi individu yang mengalami masalah bisa pada bahagian tapak kaki disaran melakukan rawatan ini untuk memperoleh kelegaan. Individu digalakkan minum banyak air masak selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan.

Kelebihan rawatan
Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Menyeimbangkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan rasa letih
Mengelak risiko sembelit
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan

Hubungi 017-4150340 [ Kamarol Azli ]

KURSUS BEKAM, URUT REFLEKSOLOGI DAN RESDUNG DI BBB

Alhamdulillah, selesai perkongsian ilmu Bekam, Urut Refleksologi dan Resdung di Bandar Bukit Beruntung pada hari Ahad yang lalu, 29hb Januari 2012. Di bawah bimbingan Muallij Nasa. Jazakallahu khair..
Di antara yang hadir ialah ana sendiri [ Akrine Senawang ], Ustaz Bukhari [ Akrine Seremban ], Ustaz Rosdi [ PEBATAP ], dan sahabat-sahabat perawat yang lain.

Antara yang hadir, kusyuk semuanya
Penerangan dari Muallij Nasa
Praktikal Bekam
Praktikal Resdung
Untuk urut refleksologi hanya ada video,ana tak dapat nak upload. Semoga perkongsian ilmu memberi 1001 manfaat kepada yang hadir untuk diamalkan dan disebarkan dalam membantu orang ramai. InsyaAllah.

RESDUNG

Gambar Hiasan : Pesakit Resdung
*Rawatan Resdung - RM 42.00

Pesakit perlu bawa 3 botol air kolah masjid untuk didoakan. Bertujuan untuk proses cucian dan istinsyaq. Sekiranya sukar untuk peroleh air kolah masjid (ikhtiar dahulu mencarinya) bawalah air mineral (bukan air minuman) 3 botol.

Pesakit akan menjalani rawatan sedut herba sumpahan resdung untuk menarik keluar ibu resdung, terapi asapan lilin serai wangi 2x dan cucian menggunakan sabun herba resdung.

Pesakit juga akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung dan sebuku sabun sireh.

SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN RESDUNG ...

1. Bagaimana kita nak tahu yang kita ada penyakit resdung? 
Petanda-petanda orang yang terkena resdung ialah sering bersin pada waktu pagi dan juga bila terhidu sedikit habuk,hidung kerap tersumbat,gatal dipermukaan muka dan hidung apabila makan makanan laut/ayam, berjerawat di kepala, rambut kerap gugur, migrain dan juga sering selsema.
 
2. Sakitkah rawatan resdung yang anda jalankan kepada pesakit? 
Tidak sama sekali...

3. Mengapakah rawatan anda agak murah berbanding rawatan-rawatan resdung di pihak lain? 
Kaedah rawatan saya berkonsepkan perniagaan islam dimana saya hanya mengambil untung sedikit sahaja dari perkhidmatan saya.

4. Adakah rawatan resdung anda bersih dan tiada unsur-unsur khurafat ataupun mistik?  
Kaedah rawatan saya hanya berteraskan penggunaan herba dan penggunaan jampi menggunakan 100% ayat al quran.
 
5. Adakah pesakit perlu menjalani rawatan susulan? 
Pesakit disyorkan untuk datang rawatan susulan 4 bulan sekali untuk penjagaan kesihatan yang berterusan.

6. Apakah pantang larang yang pesakit perlu patuhi selepas menjalani rawatan anda? Pesakit disyorkan mengurangkan pengambilan makanan laut.

7. Sesuaikah pesakit wanita menjalani rawatan resdung dengan anda? 
Rawatan resdung kami tiada sentuhan aurat antara perawat dengan pesakit dan pesakit wanita juga tidak perlu membuka tudung dan sebagainya.


8. Bagaimanakah seseorang itu boleh terkena penyakit resdung?  
Seseorang itu terkena penyakit resdung berpunca dari banyak faktor, antaranya faktor pemakanan,antibodi badan yang lemah dan juga faktor genetik serta kebersihan persekitaran tempat kerja/ kediaman.

9. Bagaimana kita perlu mengawal penyakit resdung yang dialami supaya ia tidak menjadi kritikal?  
Pesakit disyorkan mengurangkan pengambilan makanan laut/sambal belacan, pakai topeng muka jika anda bekerja di persekitaran yang berhabuk, kerap mencuci muka 2x sehari dengan sabun antiseptik seperti Dettol/ Protex dan juga menjalani rawatan bekam sunnah di bahagian muka dan tengkuk 6 bulan sekali.

10. Adakah penyakit resdung boleh sembuh dengan sendirinya jika tidak dirawat? Tidak sama sekali, malah akan menjadi kritikal di masa-masa hadapan.

11. Adakah penyakit resdung merbahaya? 
Penyakit resdung akan menjadi bahaya jika sikap individu tersebut tidak mahu langsung menjalani sebarang rawatan dan juga tidak mengambil sebarang langkah pencegahan.

12. Berapakah nisbah individu di Malaysia ini terkena penyakit resdung?  
Nisbah individu yang terkena penyakit resdung di Malaysia ini ialah 1:3 bermaksud 1 daripada 3 orang sihat ada risiko terkena penyakit resdung. 

Hubungi 017-4150340 [ Kamarol Azli ]

    Friday 27 January 2012

    BOMOH WANITA DIHUKUM PANCUNG & HUKUM TUKANG SIHIR DALAM SYARI'AT ISLAM

    Gambar Hiasan
    RIYADH – Seorang bomoh wanita yang didakwa mengamalkan ilmu sihir telah dijatuhi hukuman pancung di Arab Saudi, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, kelmarin.

    Akhbar berpusat di London, al-Hayat melaporkan wanita dalam lingkungan umur 60-an itu ditahan pihak berkuasa selepas mereka menerima maklumat bahawa kononnya dia mampu menyembuhkan penyakit dengan bayaran AS$800 (RM2,500) untuk setiap satu sesi rawatan.

    Kegiatan bomoh wanita tersebut terbongkar selepas dia ditahan pada April 2009.

    September lalu, seorang lelaki warga Sudan, Abdul Hamid Hussain juga dijatuhi hukuman mati di Arab Saudi atas kesalahan mengamalkan ilmu sihir.

    ~ Sinar ~

    Hukum Tukang Sihir Dalam Syari'at Islam

    Terjadi perbedaan pendapat di kalangan ulama apakah tukang sihir itu dihukumi kafir atau tidak. Kemudian, bagaimana dengan hukuman bagi mereka di dunia ini, apakah dibunuh atau tidak.

    Jumhur ulama berpendapat bahwa tukang sihir adalah kafir secara mutlak. Di antara mereka adalah Malik, Abu Hanifah, pengikut Al-Imam Ahmad dan selain mereka. (Adhwaul Bayan, 4/455)

    Diantara mereka ada yang mengatakan perlu dirinci, yaitu apabila di dalam sihir tersebut terkandung pergantungan terhadap selain Allah seperti bintang-bintang, jiwa-jiwa dan selainnya yang akan bisa mengantarkan kepada kekafiran, maka pelaku sihir tersebut adalah kafir tanpa ada perselisihan. Apabila sihir itu tidak mengandung kekufuran seperti menggunakan benda-benda tertentu seperti minyak dan selainnya maka ini adalah haram dengan keharaman yang keras dan pelakunya tidak bisa dikatakan kafir. (Adhwaul Bayan, 4/456)

    Pendapat kedua ini yang dikuatkan oleh Asy-Syinqithi dalam kitab Adhwaul Bayan (4/456) dengan menyatakan: “Inilah yang benar insya Allah dari perbedaan-perbedaan para ulama tersebut.” Dan ini pula yang dirajihkan oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-’Utsaimin dalam kitab Al-Qaulul Mufid (2/6).

    Diantara para ulama ada yang menggabungkan kedua pendapat tersebut seperti yang dilakukan oleh Asy-Syaikh Sulaiman dalam kitab Taisir Al-’Azizil Hamid (hal. 384): “Sebenarnya kedua pernyataan tersebut tidaklah berbeda. Adapun yang menyatakan tidak kafir dia menyangka bahwa sihir itu terjadi tanpa ada unsur kesyirikan. Padahal tidak demikian, bahkan sihir yang datang dari sisi setan tidak lepas dari kesyirikan dan penyembahan kepada setan.

    Oleh karena itulah Allah mengkafirkan mereka dengan firman-Nya: “Sesungguhnya kami adalah cobaan, maka janganlah kamu kafir”. Adapun sihir yang berasal dari obat-obatan atau asap-asap maka ini bukan sihir. Dinamakan sihir majaz sebagaimana penamaan ucapan yang memukau dan namimah (mengadu domba) sihir, akan tetapi hal yang demikian ini haram karena mengandung mudharat dan pelakunya harus diberi pelajaran.” (lihat Syarah Nawaqidhul Islam, hal. 26)

    Setelah kita mengetahui hukum dalam pandangan agama terhadap tukang sihir atau yang melakukannya kafir atau disebut sebagai pelaku maksiat, lalu bagaimana hukuman di dunia, harus dibunuh atau tidak?
     
    Ibnu Katsir dalam Tafsir-nya mengatakan: Ibnu Hubairah berkata: “Apakah dibunuh orang yang hanya melakukan perbuatan sihir atau tidak?” Malik dan Ahmad menyatakan ya (dibunuh), Asy-Syafi’i dan Abu Hanifah mengatakan tidak. Adapun apabila dia membunuh seseorang dengan sihirnya maka dia harus dibunuh menurut pendapat Malik, Asy-Syafi’i dan Ahmad.
     
    Berikut ini pendapat para ulama :

    [1]. Imam Malik raihmahullah berkata: “Tukang sihir yang melakukan penyihiran yang tidak dilakukan oleh orang lain untuknya, perumpamaannya adalah seperti apa yang difirmankan oleh Allah Tabara wa Ta’ala di dalam kitab-Nya:

    “Artinya : Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat….” [Al-Baqarah : 102]

    Oleh karena itu, saya berpendapat bahwa orang itu harus dibunuh jika dia sendiri mengerjakan hal tersebut.[1]

    [2]. Ibnu Qudamah rahimahullah berkata: Hukuman bagi tukang sihir adalah dibunuh. Hal itu didasarkan pada apa yang diriwayatkan dari ‘Umar, ‘Utsman bin ‘Affan, Ibnu ‘Umar, Hafshah, Jundub bin ‘Abdillah, Jundub bin Ka’ab, Qais bin Sa’ad dan ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz. Itu pula yang menjadi pendapat Abu Hanifah dan Malik.”

    [3]. Al-Qurthubi rahimahullah mengemukakan: “Para ahli fiqih telah berbeda pendapat mengenai hukum tukang sihir muslim dan dzimmi. Imam Malik berpendapat bahwa seorang muslim jika melakukan sihir sendiri dengan suatu ucapan yang dapat menjadikannya kufur, maka dia harus dibunuh tanpa harus diminta untuk bertaubat, dan tidak pula taubatnya diterima, karena itu merupakan perbuatan yang dilakukan dengan senang hati seperti orang zindiq atau pelaku perzinahan. Dan karena Allah Ta’ala telah menyebut sihir itu sebagai kekufuran melalui firman-Nya:

    “Artinya ; Sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan, ‘Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir…’” [Al-Baqarah: 102]

    Yang demikian merupakan pendapat Ahmad bin Hanbal, Abu Tsaur, Ishaq, Asy-Syafi’i [2] dan Abu Hanifah.”[3]

    [4]. Ibnu Mundzir rahimahullah mengemukakan: “Jika ada seseorang yang mengaku bahwa dia telah melakukan sihir dengan ucapan yang mengakibatkan kekufuran, maka dia wajib dibunuh jika dia tidak bertaubat. Demikian juga jika dia terbukti melakukannya dan ada bukti yang menyatakan (bahwa) ucapan itu berupa kekufuran.

    Jika ucapan yang dia sebutkan bahwa dia telah melakukan sihir dengan ucapan tersebut tidak termasuk suatu (ucapan) yang kufur, maka tidak boleh membunuhnya. Dan jika merupakan kejahatan pada orang yang disihir, maka diharuskan hukuman qishash baginya jika dia melakukannya dengan sengaja. Dan jika tidak termasuk tindakan yang tidak mengharuskan qishash padanya, maka dia harus membayar diyat (denda).” [4]

    [5]. Al-Hafidz Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan: “Para ulama yang berpendapat tentang kafirnya tukang sihir, telah menjadikan ayat berikut sebagai dalil:

    “Artinya ; Seandainya mereka itu beriman dan bertaqwa….” [Al-Baqarah: 103]

    Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan sejumlah ulama salaf. Ada yang mengatakan: “Tidak perlu dikafirkan, tetapi hukumannya adalah memenggal lehernya,” sebagaimana yang diriwayatkan Imam Syafi’i dan Ahmad, di mana keduanya berkata, “Sufyan bin ‘Uyainah telah mengabarkan, dari ‘Amr bin Dina membunuh, di mana dia telah mendengar Bajalah bin ‘Abadah berkata: “Umar bin al-Khaththab ra telah memutuskan agar kalian setiap tukang sihir baik laki-laki maupun perempuan.” Lalu kami pun membunuh tiga orang tukang sihir.”

    Lebih lanjut, Ibnu Katsir mengatakan: “Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab shahihnya.”[5]

    Dia juga mengatakan: “Demikianlah riwayat yang shahih menyebutkan bahwa Hafshah, Ummul Mukminin, pernah disihir oleh seorang budak perempuan miliknya, maka dia menyuruh agar wanita itu dibunuh, sehingga wanita itu pun dibunuh.

    Imam Ahmad mengatakan : “Dibenarkan riwayat dari tiga orang sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai pembunuhan terhadap seorang tukang sihir”[6]

    [6]. Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan: “Menurut Malik, hukum tukang sihir ini sama dengan hukum yang berlaku pada orang zindiq, di mana taubatnya tidak diterima, dan dibunuh sebagi hukuman jika hal itu terbukti padanya. Pendapat itu pula yang dikemukakan oleh Ahmad.”

    Asy-Syafi’i mengatakan: Tukang sihir tidak boleh dibunuh kecuali jika dia telah mengaku bahwa dia telah membunuh orang dengan sihirnya, sehingga dia pun harus dibunuh karenanya.”[7]

    Ringkasan:
    Dari penjelasan di atas tampak jelas bahwa Jumhur Ulama berpendapat mengharuskan pembunuhan terhadap tukang sihir, kecuali Imam Syafi’i rahimahullah saja, di mana dia menyatakan bahwa tukang sihir tidak harus dibunuh kecuali jika dengan sihirnya itu dia membunuh orang, sehingga dia harus diberikan hukuman qishash. ( Saya berat kepada pendapat Imam Syafi'i )

    [Disalin dari kitab Ash-Shaarimul Battaar Fit Tashaddi Lis Saharatil Asyraar edisi Indonesia Sihir & Guna-Guna Serta Tata Cara Mengobatinya Menurut Al-Qur'an Dan Sunnah, Penulis Wahid bin Abdissalam Baali, Terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi'i]
    __________
    Foote Note
    [1]. Kitab, al-Muwaththa’, (hal.628) (Kitab al-‘Uquul (43), bab Maa Jaa-a fil Ghiilati was Sihr (19) hal.871) – cet. ‘Abdulbaqi.
    [2]. Demikian yang dikatakannya. Dan yang popular dari asy-Syafi’i bahwa dia tidak berpendapat untuk mengharuskan pembunuhan terhadap tukang sihir hanya karena sihirnya semata, tetapi dia dibunuh jika dengan sihirnya itu dia melakukan pembunuhan. Pendapat itu dinukil dari asy-syafi’i oleh Ibnul Mundzir dan lainya..
    [3]. Tafsiir al- Qurthubi (II/48).
    [4]. Dinukil dari Tafsiir al- Qurthubi (II/48).
    [5]. Benar, diriwayatkan oleh al-Bukhori (VI/257 –Fat-hul Baari) tanpa menyebut kisah ketiga penyihir itu.

    Thursday 26 January 2012

    ADAKAH SAMA SAKA DENGAN QAREEN

    SAKA adalah suatu istilah yang biasanya digunakan oleh tukang ubat atau bomoh tradisional yang merujuk kepada suatu fenomena gangguan spiritual yang berlaku ke atas manusia kebanyakannya kaum wanita dan ada juga lelaki, yang mengaitkannnya dengan makhluk yang kononnya diamanahkan menjaga seseorang. Bagi tujuan menjaga tersebut maka berbagai-bagai gangguan spiritual berlaku. Gangguan seperti ini dikenali sebagai gangguan makhluk halus.

    Saka dikaitkan dengan kononnya ada makhluk yang berdampingan dengan keturunan bapa, ibu, datuk atau nenek seseorang yang menjaga atau bersahabat dengan makhluk ini dan dipesan kepada makhluk tersebut selepas kematiannya untuk menjaga dan mengawal anak cucu mereka.

    Hasil daripada itu maka berlaku kawalan, sebenarnya gangguan ke atas orang berkenaan sehingga menimbulkan masalah yang diistilahkan sebagai saka.

    Saya tidak dapat menentukan apa sebenarnya saka. Betul atau tidak ia makhluk yang mendampingi manusia dan keturunan mereka diganggu sehingga mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Jika benar ianya (makhluk halus) sebagai sahabat, kawan atau dampingan orang-orang terdahulu, maka sepatutnya ia tidak berubah sekadar hanya menjaga dan melindungi anak cucu seseorang, tiba-tiba berlaku sebaliknya sehingga menyakiti dan menganggu sampai menjadi separuh gila atau separuh sedar.

    Saya tidak nampak hal ini sebagai saka yang digunakan untuk menjaga dan mengawal seseorang untuk kebaikan. Jika berlaku begini, maka tidaklah menimbulkan masalah walaupun hukum asalnya bersahabat, berbuat baik, berdampingan dengan makhluk halus dilarang oleh syariat Islam.

    Banyak ayat-ayat al-Quran yang menggesa manusia menjauhi dan berlindung diri daripada syaitan. Malah manusia wajib menjadikan syaitan sebagai musuh dan sebagainya.

    Berbalik kepada seseorang yang diganggu oleh makhluk halus, maka jelas ia adalah musuh kerana ia menyakiti manusia, menganggu manusia dan melakukan perkara yang tidak dingini oleh manusia, ianya memberikan kesan negatif.

    Kita mesti menjauhi mereka, benda yang dinamakan saka ini tidak menjadi sesuatu yang baik kepada manusia. Dirawatlah dengan cara-cara yang diharuskan oleh syarak bagi mengelakkan saka ini terus menerus menganggu manusia.

    Adapun Qareen adalah istilah al-Quranul karim yang jelas Allah S.W.T menyebut dalam beberapa ayat seperti dalam Surah Qaf (ayat 23), Surah al-Fussilat (ayat 25) dan lain-lain.

    Di antara makna-maknanya, Allah menyebut (mafhumnya), “Dan kami tetapkan bagi mereka, teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat yang terdahulu dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang meragui.”

    Istilah teman-teman dalam al-Quran adalah pada asal perkataan Qurana atau kawan-kawan setia. Maksudnya adalah dari suku sakat syaitan atau iblis ini menjadikan manusia sebagai teman mereka.

    Firman Allah (mafhumnya), “Dan berkatalah Qareennya, inilah catatan amalan yang tersedia pada sisiku.” (Surah Qaf, ayat 23).

    Dan Surah Qaf, ayat 27 bermaksud, “Yang menyertai dia, Qarennya berkata pula,”Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.”

    Ini merujuk kepada perkataan Qareen. Allah S.W.T menyifatkannya sebagai kawan rapat bukan kerana manusia hendak sangat berkawan dengan mereka, tetapi pada pandangan sesetengah ulama, sejak manusia dilahirkan ada makhluk halus yang mendampinginya, mengajak, memandu serta mempengaruhinya melakukan kejahatan. Itulah yang dimaksudkan sebagai Qareen.

    Dalam hadis daripada Ibnu Mas’ud r.a, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya), “Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qareen (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qareen, baginda menjawab, ya, saya pun ada qareen itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qareen itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim).

    Hadis daripada Ai’shah r.ha berkata,"Suatu ketika Rasulullah s.a.w berada bersama dengan saya, lalu keluar meninggalkan saya kerana ada suatu urusan pada malam hari, tiba-tiba timbul cemburu dalam diri saya, apabila Rasulullah s.a.w kembali menemui saya, baginda mengetahui perasaan saya itu, maka baginda bertanya, apakah gerangan mu wahai Ai’shah? apakah kamu cemburu? Maka saya menjawab, manalah orang seperti saya ini tidak cemburu ke atas mu wahai Rasulullah s.a.w. Maka Nabi menyebut kepada saya, apakah kamu telah dikuasai oleh syaitanmu wahai Ai’shah. Maka saya menjawab, ya Rasulullah, apakah bersama saya ada syaitan? Rasulullah menjawab, ya, malah pada tiap-tiap insan ada syaitannya. Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah kamu juga ada syaitan? Jawab baginda, ya, tetapi Allah S.W.T telah membantuku, aku Islamkan dia dan tidak menyuruhku melainkan untuk kebaikan."

    Hadis-hadis sebegini adalah hadis sahih, ia menunjukkan memang berlaku bahawa qareen, ia adalah syaitan, mendampingi semua manusia. Kalau Rasulullah s.a.w pun didampingi oleh qareen ini, inikan pula insan biasa.

    Oleh yang demikian, jelas bahawa qareen ini ada pada setiap orang dan bergantung kepada seseorang insan itu, jika ia belum boleh menguasai dirinya dengan kerja-kerja ketaatan sehingga tidak ada ruang untuk melakukan kemaksiatan maka qareen ini seolah-olahnya putus asa untuk mengajaknya melakukan kejahatan, melainkan sekali sekala sahaja.

    Adapun orang-orang yang mudah mendedahkan dirinya kepada melakukan perkara yang tidak baik, khasnya melakukan kemaksiatan, maka qareen inilah yang menjadi pendorong utama. Pada pandangan saya qareen adalah makhluk halus yang jahat.

    Jika hendak dikatakan saka, hanya sekadar mengatakan ianya wujud ada, maka tidak salah mengatakan kita semuanya ada saka, tetapi saka yang saya maksudkan adalah saya yang sedia ada, bukan kerana dipelihara oleh keturunan, bukan disuruh oleh seseorang melakukannya tetapi kerana tabiat makhluk ini memang sentiasa berusaha menjerumuskan manusia kepada kejahatan. Wallahua’lam.
     
    Sumber

    Wednesday 25 January 2012

    PENYAKIT, UBAT DAN PENYEMBUHAN

    Gambar Hiasan
    Kesihatan yang baik adalah anugerah Allah dan salah satu dari nikmat-nikmat Allah yang amat bernilai dalam kehidupan manusia. Sihat membawa maksud sebagai suatu keadaan di mana apa-apa yang ada di dalam badan manusia telah berperanan mengikut fungsinya dengan betul. Sakit pula ialah kedapatan apa-apa yang ada dalam badan manusia tidak berfungsi dengan betul dan melemahkan diri manusia.

    Nabi telah bersabda:

    "Dua jenis kenikmatan yang kebanyakan manusia dapat ditipu oleh kedua-duanya, iaitu kesihatan dan waktu lapang"

    (Riwayat Bukhari )

    Penyakit yang menimpa seseorang adalah merupakan salah satu dari ujian-ujian   Allah s.w.t.  Ujian, cubaan dan bala Allah ke atas hambanya  ada mempunyai tujuan dan hikmahnya yang tersendiri:
    1. Membersih dan memilih orang mukmin yang sejati dan membezakan orang munafik.
    2. Mengangkat darjat dan menghapuskan dosa hambanya kerana bersabar menghadapi ujian dan cubaan.
    3. Mengungkap hakikat manusia itu sendiri sehingga jelas memperlihatkan kesabaran dan ketaatannya.
    4. Membentuk peribadi dan tahan uji dengan ujian hidup dan melahirkan manusia berakhlak mulia dan tabah.
    5. Melatih diri agar manusia yang diuji dan dicuba ini bertambah sabar, tabah dan berpendirian teguh menghadapi musibah.
    Sabda Rasulullah s.a.w:
     "Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya"

    (Riwayat Bukhari dan Muslim )

    Sabdanya lagi:

     "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukminin lelaki dan wanita yang mengenai diri, harta dan anaknya ( dengan sabar) sehingga dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa"

    ( Riwayat Tarmizi )

    Nabi telah bersabda lagi:

    Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

    "Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"

    (Riwayat Muslim dan Ahmad)

    Berdasarkan hadis di atas dapat fahami bahawa:
    • Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Penyakit yang menimpa makhluk Allah adalah disebabkan oleh wabak, bala, ataupun disebabkan oleh  kelemahan dan kelalaian manusia itu sendiri. Makanan dan minuman merupakan  keperluan manusia. Ia perlu mengambil hanya  yang halal, bersih dan suci tetapi tidak secara berlebihan kerana. Sikap berlebih-lebihan akan mendatangkan pelbagai mudharat (penyakit). Allah s.w.t mengigatkan apa yang terdapat dalam al-Quran dalam Surah al-A'raf ayat 31:
    "Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan kerana Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan"
    • Mengubat penyakit adalah menjadi kewajiban sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Satu penyakit mungkin hanya mempunyai satu ubat tetapi berkemungkinan mempunyai puluhah ubat. Manusia dengan teknologi yang ada telah membuat kajian , penyelidikan serta penemuan. Oleh yang demikian kita selalu mendengar bidang-bidang perubatan seperti perubatan moden, Homeophati, Perubatan cina, Tradisional, Rawatan Islam dan berbagai-bagai lagi. Ada ubat yang memang ubat, ada ubat yang ada kesan sampingan, ada yang tidak ada kesan sampingan, ada makanan tambahan dan berbagai-bagai jenis yang berada dalam pasaran.
    Nabi s.a.w bersabda:

    "Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan  untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"
    • Nabi menyatakan: "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh". Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Mungkin sesuatu ubat itu tidak sesuai dengan seseorang walaupun ubat itu memang ubat yang khusus untuk penyakit tersebut. Sembuh bagi seseorang tetapi tidak sembuh untuk seseorang yang lain. Dengan makna yang lain ia disebut sebagai "Rasi".
    • Ubat bukan penyembuh. Ia hanyalah sebagai sebab musabbab sahaja. Penyembuh yang hakiki adalah Allah azza wa jalla. Sesiapa yang menganggap atau mengi'tiqadkan bahawa ubat dapat memberikan kesan atau menyembuhkan penyakit, maka orang dianggap syirik kepada Allah s.w.t. Sebab itu hadis riwayat Jabir sebagaimana diatas, Nabi menegaskan dengan perkataan: "Dengan izin Allah".
    Wallahua'lam.

    Sumber

    MAKLUMAT DAN LOGO AKRINE


    MAKSUD LOGO AKRINE
     
    Hijau : Melambangkan Keislaman iaitu Mendaulatkan Pengubatan Islam berlandaskan Hukum-hukum Syarak
    Putih : Melambangkan Kesucian iaitu kesucian dari segi zahir dan juga batin
    Merah : Melambangkan Keberanian iaitu berani memerangi kebatilan dan menegakkan yang Haq
    Bulat : Perpaduan / Kesatuan iaitu terutubuhnya Persatuan ini di bawah paksi Persatuan yang berdaftar. Juga melambangkan pergerakan persatuan ini di bawah persaudaraan (ukhwah)
    Kitab : Sumber Ilmu / Sumber Rujukan iaitu sumber utama rujukan Al-Quran dan juga al-Hadis dan Rujukan Ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.
    Kubah 3 : Iman Islam Ihsan
    Bintang : Rukun Iman dan Islam
    Tulisan Jawi : Menerangkan Persatuan ini keahliannya beragama Islam dan juga Menguatkan lagi pegangan persatuan ini dalam menegakkan yang HAQ.
    Kuning / Orange (Terbit Fajar) : Pengharapan hamba pada Khaliq khusus dalam memohon kesembuhan dariNya.

    * Untuk rawatan secara walk-in setiap Ahad jam 2.30 pm - 5.30 pm di AKRINE Kuang :- 

    PUSAT RAWATAN ISLAM NUR EHSAN MALAYSIA
    No. Lot 2894, Lorong Beringin,
    Batu 17, Kuang,
    48050 Rawang,
    Selangor Darul Ehsan
    Malaysia
    email: akrine@yahoo.com
     Sila klik untuk paparan

    Friday 20 January 2012

    RAWATAN ISLAM AS SUNNAH [AKRINE SENAWANG]

     
    RAWATAN ISLAM AS SUNNAH (AKRINE SENAWANG) akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Menyediakan perkhidmatan bekam, urut dan refleksologi serta resdung. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Hubungi saya, Kamarol Azli Bahari di talian 017-4150340 untuk temu janji rawatan atau email masalah anda ke rawatan_assunnah@yahoo.com.

    Ikhtiar milik kita, KESEMBUHAN MILIK ALLAH S.W.T 

    Tuesday 17 January 2012

    SIHIR SEMAKIN BERLELUASA


    Berita Dari Metro Hari Ini 15 Dis 2011
     
    Berita Pertama :

    KUALA LUMPUR: “Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu.

    “Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan rumah tangga,” kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa menjadi mangsa ‘dukun asmara’ mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya.

    Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak ‘berminat’ apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki itu juga turut membuatkannya ghairah.

    Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara halus’ sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.

    Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan malam.
     
    Berita Kedua :

    KUALA LUMPUR: “Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengakui menerima banyak aduan berhubung kes ilmu hitam membabitkan sihir penunduk nafsu,” kata Penasihat Medianya, Tuan Asmawi Tuan Umar.

    Beliau berkata, orang ramai lebih terdorong untuk merujuk bomoh bagi mendapatkan cinta walaupun menggunakan cara yang bertentangan Islam berbanding berdoa dan berserah kepada Tuhan.

    Katanya, apabila mangsa tidak kuat untuk menghadapi gangguan terbabit, sihir itu lebih mudah terjadi apatah lagi jika kedua-dua pihak pernah mempunyai hubungan istimewa.

    “Kes sihir seperti ini terjadi sejak sekian lama di kalangan masyarakat kita yang terlalu taksub dengan dukun. Orang yang menggunakan khidmat bomoh ini kebanyakannya menggunakan ilmu hitam kerana putus asa disebabkan doa mereka tidak dimakbulkan.

    “Sepatutnya kita lihat balik ibadat wajib kita terutama solat, sempurna atau tidak. Kalau yang itupun tak cukup, jangan pertikaikan kenapa permintaan kita tidak ditunaikan, namun jangan pula memilih jalan tidak diredai iaitu sihir,” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Tuan Asmawi berkata, hanya solat mampu menjadi pendinding untuk mengelak terkena perbuatan sihir oleh pihak tertentu walaupun ia ilmu hitam yang paling kuat.
     
    Ulasan

    Bila diperhatikan semamangnya amalan sihIr makin berleluasa. Apa lagi saat-saat akhir ini bilamana makin hampir kedatangan Dajjal maka amalan sihIr akan makin berleluasa diseluruh dunia. Kemuncak amalan sihIr ini akan disempurnakan takkala kedatangan Dajjal nanti.

    Bagi masyarakat Barat, amalan sihIr ini semakin dipraktikan di sana. Malah agama Yahudi yang tidak boleh di anuti oleh mana-mana bangsa selain Yahudi pun sebahagian ajarannya diajar kepada penganut-penganut yang bukan Yahudi atas nama “Ajaran Kaballa”. Bila diteliti ianya lebih kepada ajaran sihIr yang diajarkan kepada penganut yang bukan berbangsa Yahudi.

    Selain itu melalui industri perfileman pun digunakan oleh gerakkan Yahudi sedunia untuk mengembangkan sihIr ini. Lihat sahaja filem seperti “Harry Porter” .”Lord Of The Ring”, ‘The Sorcerer’s Apperentice” “The Seekers” “Super Natural” “Merlin”. Malah di dalam filem kartun pun kekadang diselitkan dengan amlan sihIr. Seperti filem “Futurama” yang digambarkan dengan mata satu.

    Bukan begitu sahaja malah di jalan-jalan juga akan diperkenalkan dengan amalan sihIr seperti “Street Magic” oleh David Blaine, Criss Angel dan juga beberapa persembahan oleh David Cooperfeld. Semua ini mengambarkan satu cara mempromosikan amalan Dajjal dan menjadikan sihIr itu sebahagian kehidupan kita. Tidak kurangnya juga di Malaysia kita ini bila mana akhir-akhir ini semakin banyak filem-filem hantu dan mentera sihIr diperkenalkan.

    Bila ini berlaku maka masyarakat tidak segan silu dan tidak merasai bersalah jika mempraktikkan sihIr atau setidak-tidaknya berjumpa dengan bomoh untuk urusan sihIr menyIhir.

    Jika kita beramal dengan amalan agama kita dengan betul. InsyaAllah kita akan terjauh dari kejahatan sihir ini. Wirid selepas solat lima waktu itu sendiri pun jika kita istiqamah beramal dengannya akan terjauh kita dari terkena kejahatan sihir. Rumah-rumah yang di dalamnya ada bacaan quran dan hadis akan terpelihara dari kejahatan sihir ini. Setiap amalan sunnah Nabi s.a.w yang di amalkan pun akan menjauhkan kita dari kejahatan sihir. Kalau terkena pun tidaklah terlalu teruk.

    Jadi kaedah pengubatan yang mujarab agar tidak terkena kejahatan sihir ini sebenarnya adalah melalui beramal dengan amalan agama itu sendiri.

    Wallahualam.
     



    RAWATAN BEKAM AS SUNNAH menawarkan khidmat bekam angin + darah. Caj rawatan RM5 /cup (2x Sedutan). Harga dari RM50 - RM70 [1 badan]. Sekiranya baru hendak berbekam, point yang penting akan disyorkan. Kaedah bekam as sunnah ini adalah mengikut point asal yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah bekam Thibbun Nabawi akan menyembuhkan semua penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara hikmahnya mengeluarkan darah kotor dan toksin, asid uric, mencerahkan mata, merawat kebas kaki, darah tinggi, masalah pinggang, migrain dan juga pening kepala.[1 JARUM : 1 PESAKIT, PERALATAN DISTERIL, KEBERSIHAN DIUTAMAKAN]

    RAWATAN AS SUNNAH akan berikhtiar membantu anda dalam menangani masalah gangguan sihir, asyik, saka dan santau dengan terapi ruqyah syariyyah. Juga menawarkan khidmat memagar kediaman atau premis perniagaan. Sila bawa air mineral 1.5 liter 3 - 5 botol. Pesakit akan didedahkan dengan amalan benteng diri. Bayaran seikhlas hati.

    RAWATAN TERAPI URUTAN AS SUNNAH menawarkan terapi urutan seperti berikut. Refleksologi - RM 40.00 , Urutan Badan - RM 60 , Urutan Persediaan Berkahwin - RM 70 , Urutan Pulih Tenaga Batin - RM 70 ( Tanpa sentuhan alat sulit ) Pakej urutan di atas boleh digabungkan mengikut permintaan pesakit. * Urutan hanya untuk kaum Adam – mengambil masa 1 - 1 jam 30 minit.

    RAWATAN RESDUNG AS SUNNAH i. Pembersihan wajah dan sapuan bahan mengeluarkan masalah dimuka. ii. Sedut Herba Sumpahan Resdung iii. Asapan lilin Serai Wangi / Madu 2x iv. Cucian dengan Sabun Resdung. Pesakit akan dibekalkan dengan sebuku sabun resdung. Pesakit perlu bawa 2 botol air kolah masjid / surau. [Ikhtiar bersungguh untuk dapatkan] Jika tiada bawalah 2 botol air mineral. Ini untuk proses cucian dan instinsyaq. Pesakit digalakkan untuk bawa 1 botol air mineral + pati delima untuk diruqyah dan diamal minum. Hadiah : RM 50.00

    TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

    TERAPI AL-QURAN, BEKAM DAN RESDUNG

    TERAPI URUTAN ISLAM

    TERAPI URUTAN ISLAM

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More